Saturday, April 2, 2011

Ciri-ciri Sistem pemerintahan Beraja di China dan Jepun

Ciri-ciri Sistem pemerintahan Beraja di China

Bermula dengan pemerintahan Raja Huang Ti pada tahun 2697 sm
PEMERINTAHAN BERCORAK DINASTI BERMULA SEMASA RAJA YU
Dinasti Hsia memulakan sistem pemerintahan berdasarkan keturunan
(2205-1755 sm)

1.Maharaja menduduki lapisan tertinggi dalam struktur social. Maharaja tinggal di ibu kota Peking dan memerintah kerajaan melalui kuasa mutlaknya.
2. Sistem maharaja di China sebelum campurtangan barat di pegang oleh Dinasti Manchu. Maharaja dibantu oleh pembesar pusat ,wilayah dan daerah.
3. Kedudukan politik sesorang maharaja adalah melalui konsep “mandat dari syurga”.Konsep ini meletakkan maharaja sebagai wakil syurga atau anak syurga.
4. Maharaja dianggap suci dan kuasa memerintah adalah dari syurga.Tiada siapa yang boleh mendakwa maharaja.
5. Maharaja mesti memerintah dengan aman dan adil. Jika berlaku bencana alam atau sebarang kekacauan didalam negeri,ini menunjukkan kegagalan maharaja mengekalkan mandat dari syurga.Maka maharaja akan digantikan oleh pemerintah baru.
Gelaran Maharaja digunakan oleh Shih Huang Ti (221-220sm) iaitu Dinasti Chin.
Dinasti Chin diganti oleh beberapa dinasti seperti Han,Sui,Tang,Mongol,Ming dan Manchu.
Maharaja mempunyai kedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat.
Maharaja dibantu oleh pembesar di pelbagai peringkat.
Struktur pentadbiran

Kuasa autonomi diberikan oleh maharaja kepada pentadbir awam dan di wilayah-wilayah
Setiap wilayah dikuasai oleh seorang pentadbir awam,gabenor tentera dan pengawas

Mandat dari syurga

Kuasa dan kedudukan raja datang dari langit.
Maharaja dianggap anak syurga.
Diberi mandat untuk memerintah dunia.
Dianggap ditarik balik apabila pemerintahan maharaja menunjukkan tanda-tanda kelemahan seperti peperangan,bencana,perebutan takhta , persengketaan dan lain-lain lagi.

Ciri-ciri Sistem pemerintahan Beraja di Jepun.

1. Maharaja mengetuai system pemerintahan di Jepun. Maharaja merupakan pemerintah keduniaan dan kerohanian.
2. Pemerintahan Jepun bercorak ketenteraan apabila kuasa sebenar kerajaan dipegang oleh Shogun. Shogun Tokugawa memerintah Jepun dan memegang kuasa pemerintahan atas nama maharaja.

3. Maharaja dianggap sebagai ketua Negara tetapi kedudukan maharaja hanya sebagai maharaja tanpa kuasa pemerintahan.

4. Maharaja tinggal terpisah di Kyoto dan hanya dikelilingi oleh pegawai-pegawai istana atau Kuge. Shogun memegang kuasa sebenar dan memerintah “atas nama maharaja.”
5. Pada 1868 Maharaja Meiji menaiki takhta.Ini menandakan kejatuhan Shogun Tokugawa.

Sistem pemerintahan beraja di Jepun
Maharaja merupakan pemerintahan keduniaan dan kerohanian
Maharaja diasingkan,terpencil dan terpisah di Kyoto.
Baginda tinggal bersama-sama dengan kuge atau pegawai-pegawai istana
Maharaja tidak berkuasa hanya boneka kepada golongan bangsawan

Golongan bangsawan berkuasa dan berpengaruh.
Mereka memonopoli jawatan tinggi dalam kerajaan
Golongan hulubalang ( shogun ) menjalankan pemerintahan.
Shogun tinggal di Yedo (Tokyo)mendirikan pusat pemerintahannya sendiri dan menjalankan pemerintahan atas nama maharaja

Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki tempat kedua selepas maharaja dalam hierarki masyarakat.
Pemerintahan secaara tidak langsung oleh shogun ialah melalui daimyo atau pembesar-pembesar feudal.

1 comment: