Saturday, April 2, 2011

Masyarakat Islam Zaman Khulafa al-Rasyidin

Masyarakat Islam Zaman Khulafa al-Rasyidin

Masyarakat Islam pada zaman khulafa al-Rasyidin terbahagi kepada dua:
·         Masyarakat Islam di semenanjung Tanah Arab
·         Masyarakat Islam di luar semenanjung Tanah Arab

Masyarakat Islam di  Semenanjung Tanah Arab

·         Dibahagikan kepada dua – Arab Selatan(kahtan) atau Arab Aribah dan Arab Utara(adnan)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  atau Arab Mustaaribah
·         Sebelum kedatangan Islam,penduduk tanah Arab Selatan lebih maju dan bertamadun serta Berjaya membina empangan Maarib. Setelah kedatangan Islam,Arab Utara menjadi lebih berkuasa kerana empangan Maarib telah pecah dan masyarakat Arab Selatan berpindah ke Utara.
·         Pada peringkat awal,masyarakat Arab aktif dalam bidang perdagangan,politik dan ketenteraan. Setelah kedatangan Islam aktiviti ini semakin meluas kerana pengaruh dakwah dan penyebaran agama Islam.
·         Pelbagai pergolakan berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w kerana kurangnya kefahaman tentang Islam. Hal ini telah membawa sehingga tercetusnya Perang al-Riddah(orang murtad) pada zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Golongan murtad ini membuka masyarakat mereka sendiri untuk menyaingi masyarakat Islam dan mereka mengekalkan semangat assabiyah.
·         Kemenangan tentera Islam dalam peperangan ini Berjaya meluaskan pengaruh Islam di tanah Arab di samping mengembangkan budaya dan pemikiran Islam.

Masyarakat Islam di luar Semenanjung Tanah Arab

·         Masyarakat Islam Iraq
a.       Digelar Ahlah-Ayyan kerana merupakan peneroka di Iraq. Mereka terdiri daripada suku Syaiban. Mereka tinggal di timur laut Semenanjung Tanah Arab dan tidak menyertai perang al-Riddah.
b.      Mereka berkuasa mentadbir ladang dan tanah di Iraq serta berkuasa dalam mengutip cukai dan pertanian.
c.       Walaupun pernah terlibat sebagai tentera awal Islam di Iraq bersama-sama kaum Ansar dan Muhajirin, golongan ini tidak diberi taraf sosial yang sama kerana wujudnya perbezaan dari segi pengagihan hasil ladang dan pentadbiran.
d.      Umunya, terdapat tiga golongan di Iraq iaitu:
                                                              i.      Golongan yang pernah murtad - mereka tidak dibernarkan menjawat jawatan penting kerana menentang Kerajaan Madinah.
                                                            ii.      Kaum Muhajirin dan Ansar – golongan ini agak kurang kerana kebanyakan daripada mereka pulang ke hijaz,Makkah,Madinah dan Taif selepas wilayah Iraq dibuka.
                                                          iii.      Golongan Ahl al-Ayyam – mereka mengerjakan tanah yang dikuasai Islam dan menjadikan tanah itu sebagai hak milik mereka.
e.      Basrah adalah Bandar tentera yang dibuka bertujuan untuk mengurangkan kadar perpindahan ke Iraq. Selepas itu, Basrah sendiri mengalami kadar penghijrahan masuk yang tinggi terutamanya setelah kekalahan tentera Islam dalam ekspedisi menawan Fars.

f.        Ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan,puak-puak Quraisy telah mengambil alih kuasa pentadbiran wilayah Iraq. Hal ini telah membawa pemberontakan Ahl al-Ayyam. Akibatnya mereka disingkir dari Kufah yang ketika itu merupakan pusat pemerintahan Islam di Iraq dan turut diberi gelaran al-Qurra .
g.       Golongan al-Qurra ini telah member sokongan kepada Saidini Ali ketika menentang Muawiyah dalam Perang Siffin. Setelah berakhir perang Siffin dan tamatnya Majlis Tahkim,golongan al-Qurra ini telah berpaling tadah dan menentang khalifah Ali. Mereka telah keluar dari tentera Khalifah Ali, akibatnya mereka diberi gelaran sebagai golongan Khawarij yang bermaksud keluar.

·         Masyarakat Islam di Syam
a.       Syam merupakan sebuah wilayah di utara semenanjung Arab. Sebelum kedatangan Islam, Syam terletak di bawah kuasa kerajaan rom dan agama Kristian dan merupakan agama rasmi di Syam.
b.      Orang Arab di syam terdiri daripada suku Kalb,Lakham dan Judham. Mereka terdiri daripada orang-orang Arab dan bukan orang Rom. Mereka menganut agama Kristian dan Yahudi. Setelah kedatangan Islam ramai di antara mereka memeluk agama Islam. Namun begitu,pengaruh agama asal masih kuat sehingga timbul pelbagai mazhab dalam Islam.

·         Masyarakat Islam di Mesir
a.       Mesir pernah diperintah oleh 30 buah dinasti seperti Firaun,Iskandari Zulkarnain,Ptolemys,Rom dan Islam.
b.      Sebelum kedatangan Islam,penduduk Mesir terdiri daripada kaum Qibti yang beragama Kristian. Agama Kristian dijadikan sebagai agama rasmi di Mesir. Agama ini pula terbahagi dua iaitu Protestan dan Katolik. Kedua –dua mazhab ini sering bertentangan sehingga menjadikan keadaan di Mesir huru-hara.
c.       Pengenaan cukai yang tinggi kepada penduduk Mesir menyebabkan . Kerajaan Rom ditentang dan ini membuka jalan kepada kemasukan pengaruh Islam di Rom. Penguasaan Islam ke atas Mesir berlaku pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Kejayaan Islam menguasai Mesir menyebabkan ramai bangsa Arab dari Semenanjung Arab berhijrah ke Mesir dan akhirnya bahasa Arab telah dijadikan bahasa utaman dan rasmi Mesir.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment