Saturday, April 2, 2011

Huraikan faktor-faktor perpisahan Singapura daripada Malaysia

Huraikan faktor-faktor perpisahan Singapura daripada Malaysia.

Malaysia telah Berjaya dibentuk pada 16 September 1963. Singapura,Sabah dan Sarawak telah bercantum dengan Tanah Melayu. Tetapi pada 9 Ogos 1965, Dewan Rakyat Malaysia telah meluluskan rang undang-undang Perlembagaan Pindaan yang membolehkan Singapura keluar dari Malaysia. Pemimpin Singapura Lee Kuan Yew dianggap tidak mengenang budi dan sering menimbulkan masalah.

Antara faktor-faktor perpisahan Singapura ialah disebabkan kemenangan parti PAP. PAP telah menang besar di Singapura dan telah Berjaya mentadbir Singapura. PAP telah menubuhkan cawangannya di Tanah Melayu dan membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya umum sebagai wakil orang Cina. Keputusan PAP telah mengecewakan Tunku Abdul Rahman kerana mengikut persetujuan yang dicapai pada Ogos 1963, PAP tidak akan bertanding dalam pilihan raya di Semenanjung.

Faktor seterusnya ialah ucapan yang disampaikan dalam kempen pilihan raya oleh pemimpin-pemimpin PAP membangkitkan isu perkauman sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum. Rakyat Singapura menganggap beberapa langkah ekonomi dan politik yang dilaksanakan oleh Tanah Melayu tidak berkesan.
Pada Mei 9 Mei 1965,Malaysian Solidarity Convention (MSC) ditubuhkan dengan slogan “Malaysian Malaysia” sebagai dasar perjuangan mereka. Sekiranya mereka menang pilihan raya umum 1969, Lee Kuan Yew berjanji akan mewujudkan semangat Malaysian Malaysia. Lee Kuan Yew turut mempersoalkan status orang Melayu yang dianggap bukan anak jati. UMNO menganggap MSC adalah untuk menjatuhkan Perikatan dan menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

PAP juga telah menggunakan sokongan pihak asing. Lee Kuan Yew telah memberitahu wartawan dan diplomat asing bahawa Perikatan adalah parti perkauman,berpecah dan lemah. Lee Kuan Yew mendakwa orang Cina di Malaysia ditindas oleh UMNO.

Akhirnya pada 9 Ogos 1965 , Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan perpisahan Singapura daripada Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak. Singapura menjadi republik merdeka berasingan dalam Negara-negara Komanwel. 

No comments:

Post a Comment