Saturday, April 2, 2011

Sistem Pembesar dan Hulubalang di China.

Sistem Pembesar dan Hulubalang di China.

Sistem pembesar di Asia Timur masih mengamalkan system feudal.Berdasarkan system ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan bergantung kepada sokongan raja atau maharaja.Dalam masa yang sama pembesar mempunyai tanggungjawab terhadap pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan tugasnya terhadap raja.  Di China, pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat pusat dan pembesar peringkat wilayah. Kebanyakan golongan pembesar ini merupakan mereka yang lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam.Terdapat juga pembesar daripada kalangan golongan bangsawan atau tentera yang dilantik oleh maharaja.

Maharaja menduduki lapisan teratas diikuti golongan bangsawan,golongan terpelajar,golongan tani,golongan pertukangan,saudagar/peniaga dan golongan askar. Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing. Golongan bangsawan di China adalah mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan awam ini mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan Bandar, peperiksaan jajahan, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan maharaja sendiri. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.

Golongan ini jugalah yang menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancelory. Kesemua dasar yang digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan diperingkat wilayah. Pelaksanaanya akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan Hal Ehwal Negara. Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk seperti Jabatan Kakitangan,Jabatan Upacara,Jabatan Tentera,Jabatan Kehakiman dan Jabatan Kerja Awam.

Golongan Gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu pembesar-pembesar peringkat wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan sarjana tetapi berkhidmat secara sukarela kepada pembesar kerajaan. Golongan Gentri ini bertindak sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri. Terdapat juga pembesar yang bukan golongan bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat wilayah kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab ke atas wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan kepada kerajaan pusat pada bila-bila masa.

Kesinambungan antara kalangan tentera yang menjadi tulang belakang dalam pertahanan negara serta kehadiran sarjana dalam sistem pembesar China menjadikan China dapat bertahan daripada sebarang ancaman luar sehingga abad ke-19. Zaman ini berakhir selepas kematian Yuan Shih Kai yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan tentera dan mengakibatkan kuasa sebenar di China berada dalam tangan beberapa jeneral yang dipanggil panglima perang(Warlord)

No comments:

Post a Comment