Saturday, April 2, 2011

Gagasan penubuhan Malaysia 1963 telah menimbulkan reaksi di negeri-negeri yang terlibat dan negara jiran. Huraikan reaksi yang diterima terhadap penubuhan Malaysia.

Gagasan penubuhan Malaysia 1963 telah menimbulkan reaksi di negeri-negeri yang terlibat dan negara jiran. Huraikan reaksi yang diterima terhadap penubuhan Malaysia.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan idea sebuah Tanah Melayu yang lebih luas merangkumi Singapura,Borneo Utara,Brunei,Sabah dan Sarawak. British juga telah beberapa kali menyarankan penubuhan Malaysia. Semasa pembentukan Malaysia terdapat pelbagai reaksi yang diterima dari negeri terlibat dan negara jiran.

Antara reaksi yang diterima ialah oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Mereka menyambut baik cadangan pembentukan Malaysia. Bagi PAS dan Barisan Sosialis mencadangkan agar idea ini dirunding dahulu dan menganggap ini satu usaha murni membantu dan memimpin negara-negara anggota. UMNO bersetuju dengan penubuhan Malaysia tetapi menolak penyertaan Singapura.

Reaksi yang diterima oleh Singapura adalah bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Cadangan ini mendapat sokongan Lee Kuan Yew dan partinya PAP. Lee Kuan Yew bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat. Pada Disember 1961 – Majlis Undangan N.Singapura telah luluskan usul ini. Tetapi mendapat tentangan Barisan Sosialis kerana percantuman ini bertentang dengan aspirasi rakyat Singapura.

Reaksi yang diterima dari Sabah dan Sarawak adalah kurang memberangsangkan kerana kedua-dua negeri ini tidak memahami tujuan pembentukan Malaysia. Tetapi Negara Sarawak (PANAS) parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan Malaysia. Parti-parti lain yang menyokong:PANAS,SNAP, BERJASA, SCA, PESAKA (Parti Perikatan Sarawak)  Di Sabah, parti yang menyokong pembentukan Malaysia adalah Parti Perikatan Sabah (UNKO, USNO, Parti Pasok Momugan, Parti Bersatu dan Parti Demokratik). Pemimpin Sabah dan Sarawak tidak begitu berminat untuk menyertai Malaysia kerana pencantuman ini akan merugikan mereka sahaja. Selain itu, kaum bumiputeray yang beragama bukan Islam juga membantah pencatuman ini kerana bimbang dengan isu agama yang akan ditimbulkan.

Brunei bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan penubuhan Malaysia.B. Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M.Azahari menentang gagasan ini. Beliau mengatakan gagasan ini sebagai “neokolonialisme”. A.M. Azahari telah mendapatkan bantuan Filipina dan Indonesia menentang gagasan Malaysia tetapi dapat dipatahkan oleh tentera British. Disebabkan pemberontakkan yang dilakukan oleh A.M. Azahari, Sultan Brunei telah mengubah pendiriannya.

Indonesia member reaksi yang sangat buruk kepada pembentukan Malaysia. Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk “neokolonialisme” yang mengancam Indonesia. Dasar Konfrontasi diisytiharkan (20 Jan 1963) dengan slogan “GANYANG MALAYSIA” dan
Berakhir apabila Jeneral Soeharto merampas kuasa pada September 1966. Pada Ogos 1966, Konfrontasi Indonesia berakhir.

Filipina juga memberi reaksi yang buruk. Presiden Macapagal menuntut Sabah secara rasmi pada Jun 1962 kerana beranggapan Sabah sebahagian Kesultanan Sulu. Pada 1946, SBUB menyerahkan Sabah kepada British dan pada Jun 1966, Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia melalui MAPHILINDO.

No comments:

Post a Comment