Saturday, April 2, 2011

Galurkan langkah-langkah kearah kemerdekaan Tanah Melayu 1957

Galurkan langkah-langkah kearah kemerdekaan Tanah Melayu 1957.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 setelah dijajah oleh kuasa asing. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Tanah Melayu telah ditadbir oleh British. Tanah Melayu juga telah diduduki oleh Jepun selama 4 tahun dari tahun 1941 hingga 1945. Sebelum mencapai kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan darurau selama 10 tahun disebabkan serangan Parti Komunis Malaya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai kemerdekaaan di Tanah Melayu. Bermula dari tahun 1951 hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Antara langkah-langkah yang dilakukan ialah dengan mengwujudkan Sistem Ahli 1951. Sistem ahli 1951 merupakan usaha penting dalam mewujudkan perpaduan. Tokoh-tokoh yang menganggotai Sistem Ahli 1951 terdiri daripada semua kaum. Oleh itu, wujud kerjasama antara kaum dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan pada peringkat tertinggi. Ahli-ahli Sistem Ahli mestilah berwarganegara Tanah Melayu dan menjalankan tugas-tugas bertaraf menteri. Antara ahli-ahli Sistem Ahli ialah Dato’ Onn b. Ja’afar,E.E.C. Thuraisingam,Tengku Yaakob Ibni Sultan Abdul Samad dan Mahmud b. Mat. Antara faedah Sistem Ahli 1951 ialah semangat kerjasama dapat diwujudkan antara kaum melalui pentadbiran bersama. Ini dapat menyedarkan rakyat bahawa perpaduan dapat dicapai melalui kerjasama dan sikap bertolak ansur.
Langkah seterusnya ialah dengan perkembangan parti politik dan perjuangan kemerdekaan. Parti-parti politik  terus berkembang di Tanah Melayu. Matlamat parti-parti politik berbeza antara satu sama lain. Ada parti politik yang memfokuskan perjuangan mereka untuk memelihara kepentingan kaum masing-masing dan ada juga untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Antara parti yang diwujudkan ialah parti yang berbentuk radikal seperti PKM,AWAS,API dan PKMM. Parti berbentuk keislaman adalah PAS dan Hizbul Muslimin. Parti bukan bersifat perkauman IMP(Parti Kemerdekaan Tanah Melayu) dan Parti Negara. Akhir sekali ialah Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,MCA dan MIC.

Langkah seterusnya ialah dengan mengadakan pilihan raya. Perkembangan kegiatan politik dan tuntuan daripada pelbagai parti telah menyebabkan kerajaan British membuat keputusan  untuk mengadakan pilihan raya. Kerajaan British membuat keputusan ini kerana memerlukan kerjasama dan pertolongan rakyat Tanah Melayu bagi menghapuskan ancaman komunis. Selain itu, kerajaan British mahu menggunakan pilihan raya unruk menguji sama ada wujud perpaduan atau tidak perpaduan kaum di negara ini. Kerajaan British berjanji kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat bersatu padu. Pada peringkat permulaan, diperkenalkan pilihan raya peringkat tempatan pada tahun 1951 bagi: Majlis Bandaran George Town,Johor Bahru,Ipoh,Melaka,Seremban dan Kuala Lumpur. Pilihan Raya umum pertama bagi Majlis Undangan Perseketuaan diadakan pada tahun 1955.

Langkah seterusnya ialah dengan penubuhan Parti Perikatan. Bagi menghadapi pilihan raya Majlis Pebandaran Kuala Lumpur pada 1952 MCA dan UMNO berpakat untuk berkerjasama secara sementara dalam pilihan raya tersebut. Menurut persetujuan,UMNO tidak akan bertanding dikawasan MCA dan MCA tidak akan bertanding dikawasan UMNO. Kedua-dua pihak akan saling membantu di kawasan masing-masing. Strategi ini mendatang kejayaan kepada UMNO dan MCA. Kedua-dua parti mendapat undi majority. Pakatan UMNO-MCA dipraktikkan dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran Johor Bahru dan Melaka. Dengan kejayaan ini, Tunku Abdul Rahman telah berunding dengan Tan Cheng Lock untuk meneruskan kerjasama Parti Perikatan ke peringkat kebangsaan. Pada Februari 1953,pemimpin UMNO-MCA telah bermesyuarat di Kelab Pelombong-pelombong Bijih Timah Selangor di Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat itu,keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA untuk berjuang dalam pilihan raya umum pertama yang akan diadakan pada 1955 di Tanah Melayu. Pada tahun 1953,terdapat dua kumpulan yang mengemukan tuntutan kemerdekaan kepada kerajaan British. Kumpulan pertama diketuai oleh Dato’ Onn b. Ja’afar. Pada April 1953,Dato’ Onn telah menganjurkan satu Perundingan Kebangsaan di Kuala Lumpur. Perkara-perkara yang dipersetujui meminta British mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1956 dan mahu sebahagian daripada anggota Majlis Undangan  Persekutuan yang baru terdiri daripada wakil rakyat. Parti Perikatan telah menganjurkan satu Konvensyen Kebangsaan. Hasil Konvensyen tersebut, dua tuntutan dibuat, iaitu pilihan raya diadakan pada tahun 1954 dan menuuntuk supaya 60 peratus ahli Majlis Undangan Persekutuan terdiri daripada wakil yang dipilih melalui pilihan raya. Kedua-dua pihak telah merujuk kepada Majlis Raja-raja untuk membuat keputusan muktamad. Raja-raja memutuskan supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun 1955 dan separuh daripada anggota Majlis Undangan Persekutuan terdiri daripada wakil rakyat. Parti Perikatan tidak puas hati dengan cadangan Majlis Raja-raja dan menghantar rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk membantah tetapi ditolak oleh kerajaan British. Kesannya kira-kira 1000 orang ahli UMNO dan MCA meletakkan jawatan dalam kerajaan. Pentadbiran British terpaksa tunduk kepada tuntutan Parti Perikatan kerana British sangat memerlukan perpaduan rakyat untuk menentang komunis. Pada Julai 1954,Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gilivry telah menjemput Tunku Abdul Rahman untuk berunding di atas kapal H.M.S. Alert.

Pilihan raya umum pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955 di seluruh Tanah Melayu. Daripada bilangan pengundi berdaftar, 84.2% pengundi Melayu,11.2% pengundi Cina dan 4.6% pengundi India. Sebanyak 52 buah kerusi telah dipertandingkan. Beberapa minggu sebelum pilihan raya umum diadakan, MIC telah menyertai Perikatan. Perikatan  mahukan kemerdekaan dalam tempoh empat tahun melalui kompromi dengan parti-parti lain dalam perikatan. Parti perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Parti Perikatan membentuk kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri.

Langkah seterusnya ialah dengan mengada rundingan kemerdekaan. Rundingan berlangsung pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perwakilan Perikatan meminta supaya jawatan Setiausaha Kewangan digantikan dengan Menteri Kewangan yang disandang oleh rakyat Tanah Melayu. Perikatan mahu supaya Menteri Pertahanan dilantik daripada kalangan rakyat  Tanah Melayu bagi menggantikan Pengarah Gerakan yang dijawat oleh orang British. Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah digantikan dengan seorang rakyat Tanah Melayu. Parti Perikatan memberi jaminan tidak akan mengambil alih harta benda dan perniagaan British. British masih bebas menjalankan kegiatan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Selain itu,pengkalan tentera British masih dikekalkan di Tanah Melayu. Dengan itu, British akan melindungi Tanah Melayu. Pada 8 Februari 1956,Perjanjian London telah dimeterai oleh raja-raja Melayu,Parti Perikatan dan kerajaan British. Menurut perjanjian itu,Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada Jun 1956 yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya Reid dipertanggungjawabkan menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu. Antara cadangan  Suruhanjaya Reid adalah kerajaan perseketuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai oleh Reaja,Sistem kerajaan Bersekutu yang sedia ada diteruskan,Raja Melayu kekal sebagai ketua negeri masing-masing,Pulau Pinang dan Melaka digabungkan dalam Perseketuan dan diketuai oleh seorang yang Dipertua dan sistem berkerajaan bercorak demokrasi. Suruhanjaya Reid telah menerima 131 memorandum bertulis daripada pelbagai pihak. 

Suruhanjaya Reid telah membuat pindaan dari aspek Bahasa,Agama dan hak istimewa orang Melayu. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 adalah berasaskan konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berpalimen. Asas Perlembagaan Tanah Melayu 1957 adalah Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara Tanah Melayu,kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa diberi, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan Agama Islam menjadi agama rasmi.

Langkah terakhir ialah dengan pengisytiharaan kemerdekaan. Tepat pada pukul 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957,seorang ahli pemuda telah menurun bendera Union Jack dihadapan banggunan Sultan Abdul Samad di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Bendera itu digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada pagi 31 Ogos 1957, wakil Ratu Inggeris telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pengisytiharan perlembagaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang merdeka kepada Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.

Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuaan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

No comments:

Post a Comment