Tuesday, April 5, 2011

Ciri-ciri perlembagaan Tanah Melayu

Ciri-ciri perlembagaan Tanah Melayu.

Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlanntik. Menurut Piagam Atlantik, British mengakui hak menentukan nasib sendiri kepada mana-mana jajahannya. Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Perang merancang mewujudkan sistem kesatuan (Union) setelah Jepun diusir daripada Tanah Melayu. Kerajaan British bercadang mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946.
Terdapat beberapa ciri-ciri perlembagaan Malayan Union. Ciri utama Malayan Union ialah Malayan Union merupakan entity politik yang menggabungkan Sembilan buah negeri Melayu,Pulau Pinang,dan Melaka. Singapuran dipisahkan daripada unit pentadbiran Negeri-negeri Selat dan kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota British
.
Pusat pentadbiran Malayan Union adalah di Kuala Lumpur. Kerajaan Malayan Union diketuai oleh gabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal pentadbiran Malayan Union. Di peringkat pusat, gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan. Kedua-dua majlis ini akan menjadi penasihat kepada Gabenor. Majlis Mesyuarat Kerja bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan Majlis Undangan berfungsi bagi menggubal undang-undang bagi Malayan Union. Gabenor mempunyai kuasa penuh.

Di peringkat negeri pula, terdapat Majlis Mesyuarat Negeri untuk mentadbir kerajaan pentadbiran tempatan. Kuasa tertinggi dipegang oleh Residen Commisioner, Majlis Mesyuarat Negeri diletakkan di bawah kawalan kerajaan pusat.

Cirri seterusnya, kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan. Raja-raja melayu kekal sebagai “pemerintah atas nama” dengan kuasa mereka terbatas dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Keadaaan ini bermakna raja-raja Melayu tidak mampu untuk melindungi hak dan kepentingan orang Melayu pada masa hadapan.

Perlembagaan Malayan Union memberikan kewarganegaraan kepada semua kaum berdasarkan jus soli. Syarat-syarat kerakyatan amat longgat dalam prinsip jus soli.antara syarat-syarat jus soli ialah sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura selepas penubuhan Malayan Uniom diterima sebagai warganegara Malayan Union, orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermaustin di Malayan Union atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942, sesiapa yang dilahirkan di luar Tanah Melayu atau Singapura tetapi bapanya menjadi warganegara Malayan Union dan Sesiapa yang telah bermastautin lima hingga lapan tahun,mempunyai tingkah laku yang baik, fasih berbasa Inggeris dan Melayu, dan mengaku taat setia kepada Malayan Union. Kewarganegaraan memberi hak yang sama kepada orang bukan Melayu.

Kesimpulannya,cirri-ciri Malayan Union adalah untuk memudah pentadbiran kerajaan British di Tanah Melayu. Pemberiaan kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu ialah untuk menarik minat orang bukan Melayu untuk bekerjasaman dengan pihak British. Kuasa-kuasa Raja Melayu akan dikurangkan dan British akan mendapat memerintah Tanah Melayu dengan mutlak.

No comments:

Post a Comment