Sunday, March 27, 2011

Ucapan Perpisah Kepada Mantan Pengetua

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh, Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Pengetua,Tuan Haji Mohd Noor B. Yusuf, Penolong kanan pentadbiran, Puan Hajah Zaini Bt. Ahmad,Penolong kanan hal ehwal murid,Puan Hajah Nor Mahani Bt. Muhamad, penolong kanan kokurikukum, Tuan Haji Bukhari b. Ismail dan yang diraikan Mantan pengetua S.M.K Sri Muda En. Abdul Rashid B. Mansur. Guru-guru kanan,guru-guru,barisan pengawas dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan.  Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang pengetua yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, En. Abdul Rashid ini bukan sahaja pengetua, tetapi ibarat bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda.

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.  Itulah pengetua kita En. Abdul Rashid b. Mansur. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai En. Abdul Rashid. Beliau bukan sahaja seorang  pengetua yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya. Sepanjang saya menjadi pelajar, dari sekolah rendah sehingga ke tingkatan enam, saya belum pernah melihat seorang pengetua seperti beliau. Saya sering melihat beliau memantau keadaan pelajar di dalam kelas terutamanya pada waktu pagi di blok koperasi. Tindakan beliau telah menarik perhatian saya dan ini membuktikan beliau amat mementingkan keadaan dan keutamaan kepada pelajar-pelajar di S.M.K Sri Muda.

Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, easy-going, dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudah sesuatu urusan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutamanya, pelajar SMK Sri Muda. Beliau merupakan seorang pengetua yang berdedikasi dan passionate terhadap tugas dan tanggungjawab beliau. Beliau juga dikenang sebagai pengetua yang begitu down to earth dan memahami.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Sri Muda merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En Abdul Rashid yang tidak pernah mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya kepada En Abdul Rashid. Semoga beliau akan terus mengekalkan usaha-usaha murni beliau dalam membentuk sahsiah diri yang mulia dikalangan pelajar di sekolah baru beliau.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment