Thursday, March 31, 2011

Huraikan dasar kerajaan Bani Umaiyah,pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Huraikan dasar kerajaan Bani Umaiyah,pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Seorang sahabat Nabi Muhammad dan penulis wahyu..Seorang muslimin yang taat dan patuh kepada ajaran agama.Tokoh politik dan negarawan yang pintar.Beliau merupakan seorang pemidato Arab yang terkemuka.Muawiyah bin Abu Suffian menjadi Khalifah Bani Umaiyyah selama kira-kira 40 tahun iaitu 41 H - 60H.Beliau merupakan pengasas kerajaan Bani Umaiyyah yang wujud 41 H - 132 H.Beliau berpengalaman dalam politik selama 40 tahun. Menjadi gabenor di Syam selama 20 tahun dan 20 tahun lagi sebagai Khalifah di Bani Umaiyyah.Sebelum pemerintahan beliau telah berlaku peperangan antara beliau dengan Saidina Ali antara tahun 37 H - 38H.Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Siffin .Majlis Tahkim telah diadakan untuk mendamaikan mereka tetapi gagal.Selepas kewafatan Saidina Ali Muawiyah telah dilantik menjadi khalifah apabila Saidina Hassan menolak jawatan Khalifah.

1. PERLANTIKAN KHALIFAH.
Diwarisi secara keturunan, pemerintah mereka terdiri daripada kalangan keluarga Bani Umaiyyah. Khalifah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan ketua Negara. Contohnya Muawiyyah telah melantik Yazid sebagai penggantinya dan Abdul Malik melantik al – Walid dan Sulaiman sebagai Putera Mahkota. Pelantikan dua orang putera mahkota menyebabkan berlakunya pergaduhan merebut kuasa.

2. DASAR PEMERINTAHAN.
Mengamalkan pemerintahan bercorak monarki yang mengutamakan dan menjaga kepentingan serta kedudukan pemerintah sehingga kepentingan rakyat diabaikan. Sebahagian khalifah menjalankan dasar pilih kasih dengan mengutamakan keluarga Bani Umaiyyah. Ini  menyebabkan gabenor di beberapa wilayah menyalah gunakan kuasa, mengumpul kekayaan dan mengamalkan rasuah.

3. POLISI TERHADAP RAKYAT.
Menjalankan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan bukan Arab. Orang bukan Arab terutamanya Bani Umaiyyah mendapat keistimewaan. Golongan Islam bukan Arab ( Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan memegang jawatan penting dan masih dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka bekerjasama dengan bani Abbasiyyah mengadakan gerakan sulit menentang kerajaan Bani Umaiyyah.

4. POLISI PROTOKOL KHALIFAH.
Pentadbiran Kerajaan bani Umaiyyah banyak dipengaruhi oleh kerajaan Rom,  mengutamakan kepentingan dan kedudukan pemerintah. Khalifah mewujudkan protokol yang menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal rapi oleh pengawal peribadi. Khalifah tinggal di istana dan kekayaan negara digunakan untuk kemewahan pemerintah dan keluarganya.

5. PERLANTIKAN DAN/ ATAU KEDUDUKAN PEGAWAI KERAJAAN.
Pegawai tinggi kerajaan dan tentera dilantik di kalangan keluarga Bani Umaiyyah dan golongan yang menyokong mereka. Pegawai yang dicurigai dipecat atau dihukum bunuh.

6.TINDAKAN KEPADA GOLONGAN YANG MENENTANG KHALIFAH.

Khalifah Bani Umaiyyah mengambil tindakan untuk menghapuskan gerakan yang menentang kerajaan Bani Umaiyyah terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah.
Muawiyah Meninggal dunia di Damsyik pada Rejab 60H ketika berusia 74 tahun. Beliau berjaya mengasaskan dinasti pemerintahan Bani Umayyah dan merupakan pengasas pertama sebelum era keruntuhan. Berjaya menjadikan empayar Islam kuat dan disegani.

1 comment: