Thursday, March 31, 2011

Perihalkan masalah-masalah yang dihadapi oleh khalifah Ali Abi Talib. Bagaimanakah beliau meyelesaikan masalah tersebut.

Perihalkan masalah-masalah yang dihadapi oleh khalifah Ali Abi Talib. Bagaimanakah beliau meyelesaikan masalah tersebut.

Nama sebenar; ali bin abi talib bin abdul mutallib bin hasyim. Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan nabi Muhammad. Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam. Didoakan dengan " karramallahu wajhah " yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala. Saidina Ali merupakan Khalifah Ar-Rasyiddin yang keempat.

Antara masalah yang dihadapi adalah menentang pemberontakan. Pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwamtelah terlibat sama. Pemberontakan ini berlaku akibat terdapat individu-individu yang tidak menyokong saidina Ali.

Masalah kedua yang dihadapi oleh Saidina Ali adalah kelemahan pentadbiran. Kelemahan pentadbiran ini berlaku semenjak dari zaman pemerintahan Saidina Uthman al-Affan. Kelemahan ini berlaku disebabkan kelemahan saidina Uthaman dalam pentadbiran. Beliau telah melantik gabenor-gabenor dan pemerintah dari golongan ahli keluarganya. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati segilintir umat Islam. Akibat pelantikan yang dibuat dikalangan ahli keluarga Uthman telah berlaku salah penggunaan kuasa. Berlakunya rasuah dikalangan pemerintah ketika itu.

Bukan itu sahaja,saidina Ali menghadapi masalah daripada Muawiyah. Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi. Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman.

Cara Saidina Ali menghadapi pemberontakan adalah melalui peperangan. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.

Khalifah Ali telah menggantikan pegawai-pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman dengan pegawai dari kaum Ansar dan golongan pemberontak. Hal ini adalah untuk mengurangkan pemberontakan yang akan berlaku. Beliau juga telah memindahkan pusat pentadbiran Islam dari Madinah ke Kufah,Iraq.
  
Akibat tidak puas hati Muawiyah,beliau terus mendesak Saidina Ali. Seterusnya Muawiyah menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas. Perang Siffin ini pada mulanya dimenangi oleh Saidina Ali tetapi akibat kelicikan Muawiyah, Saidina Ali telah kalah pada peperangan ini.
Kesimpulannya, semasa pentadbiran saidina terdapat beberapa pemberontakan yang dijalankan untuk menjatuhkan Saidina Ali. Tetapi Saidina Ali bijak mengawal keadaan. Saidina Ali telah wafat pada tahun 661 setelah dibunuh oleh pembunuh. Muawiyah B. Abu Sufyan telah membina satu empayah Islam yang baru. Beliau telah mengubah corak pentadbiran khulafa ar-rasyidin yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment