Thursday, March 31, 2011

Perihalkan proses pelantikan khalifah khulafa ar-rasyiddin dan nyatakan maksud bai’ah

Perihalkan proses pelantikan khalifah khulafa ar-rasyiddin dan nyatakan maksud bai’ah.

Khulafa ar-Rasyi bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifahsebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar Al-Khatab,Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali Abi Talib.

Terdapat cara-cara pelantikan setiap waktu. Semasa pelantikan Saidina Abu Bakar berlaku perselisihan pendapat mengenai siapa yang layak menggantikan tempat rasulullah selepas kewafatan baginda. Orang ansar telah mengadakan perjumpaan sesama mereka dan mencadangkan saad bin abi ubadah menjadi khalifah. Orang muhajirin termasuk abu bakar dan umar telah bergegas ke tempat perjumpaan tersebut setelah mendengar perjumpaan dan agenda yang dijalankan. Setelah berlaku perbincangan, abu bakar memberi ucapan dan mencadangkan umar atau abu ubaidah dipilih untuk menjawat jawatan khalifah. Kedua-dua yang dicadangkan telah membantah pencalonan tersebut, lantas umar berjabat tangan untuk baiah kepada abu bakar as-siddiq bagi menjawat jawatan khalifah dan diikuti oleh umat islam lain.
Ketika abu bakar jatuh sakit, beliau merasa bimbang akan berlaku perpecahan dan melemahkan perpaduan. Abu bakar berpendapat bahawa orang yang paling layak ialah umar bin al-khattab. Beliau meminta pandangan beberapa orang sahabat tentang cadangan tersebut. Usman bin affan telah menulis wasiat atas permintaan abu bakar as-siddiq, dan memperdengarkannya kepada beliau dan orang ramai berkenaan cadangan tersebut. Orang ramai bersetuju dengan cadangan melantik umar selepas kewafatan abu bakar.
Setelah umar ditikam oleh abu lu'luah yang beragma majusi, beberapa orang sahabat telah berjumpa umar dan mendesak agar dilantik penggantinya. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat antaranya ali bin abi talib dan uthman. Abdul rahman bin auf yang dicadangkan telah menarik diri dan berjanji untuk menjalankan pemilihan dan temu bual bersama orang ramai untuk memilih ali atau uthman yang lebih layak menjadi khalifah. Setelah orang ramai memilih usman yang layak menjadi khalifah terlebih dahulu dan dituruti oleh ali, abdul rahman mengumumkan perlantikan tersebut dan diikuti oleh para sahabat lain.

Selepas pembunuhan usman bin affan negara islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil. Puak-puak pemberontak telah meminta ali untuk mengambil alih jawatan khalifah.Ali enggan pada mulanya untuk menerima jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-kacir. Orang ramai telah memberi baiah kepada ali kecuali puak-puak umaiyah yang diketuai oleh muawiyah bin abi sufyan.

Bai’ah pula membawa maksud janji sumpah setia, pengakuan, ikrar yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain untuk mengikat dirinya dengan sesuatu peraturan, pekerjaan, amalan atau lainnya.
Kesimpulannya, zaman pentadbiran khulafa ar-rasyidin tamat setelah kewafatan Saidina Ali b. Abi Talib. Selepas zaman pentadbiran tamat sebuah tamadun islam baru telah iaitu tamadun Umaiyah. Tamadun ini telah ditubuhkan oleh Muawiyah B. Abu Sufyan.

No comments:

Post a Comment