Thursday, March 31, 2011

Peranan golongan pemerintah dan peranan golongan diperintah

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di  Vietnam.
Golongan Pemerintah
·         Maharaja berada di puncak  hierarki sosial masyarakat.Berkuasa mutlaj dalam pemerintahan,pemilik tanah dan harta.Dianggap mendapat mandat daripada syurga. Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharaja.
·         Dibawah maharaja adalah golongan quan. Pemerintahan maharaja dibantu oleh quan.Quan yang penting adalah Quan awam. Quam awam mempunyai keistimewaan lebih daripada quan-quan yang lain.Ketua-ketua quan terdiri daripada kalangan yang berpendidikan confucius.Golongan quan menjalankan tugas maharaja dan mendapat sanjungan daripada rakyat. Mereka dianggap penegak keadilan dan mereka juga pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai hakim.
·         Golongan pemerintah paling rendah ialah pembesar yang berkuasa di peringkat kampung.  Peranan mereka adalah menjaga keamanan kampung dan mengutip cukai.

Golongan Diperintah

·         Lapisan golongan diperintah ialah golongan petani. Mereka menjalankan kegiatan sara diri. Mereka memajukan ekonomi Vietnam.Seorang petani perlu membayar cukai dan bekerja untuk kerajaan di antara 20 hingga 60 hari.
·         Lapisan terendah ialah golongan hamba. Mereka terdiri daripada penjenayah. Mereka dihantar ke kem tentera untuk membuka tanah baru dan menjadi petani di tanah mereka kerjakan.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di Thailand.
Golongan Pemerintah

·         Raja menduduki puncak hierarki. Raja Thailand memerintahkan berdasarkan konsep dharmaraja dan dipengaruhi agama Buddha. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua bidang. Raja juga berkuasa menentukan hidup mati rakyatnya. Kekuasaan raja Thailand dilihat daripada pengumpulan gajah putih.
·         Golongan bangsawan (Nai) adalah golongan kedua penting selepas raja. Mereka berperanan dalam memimpin rakyat dan menjaga kebajikan rakyat. Kuasa golongan Nai bergantung kepada bilangan Phrai yang mereka ada.
·         Golongan pembesar (Phrai) adalah golongan yang berada di susun lapis ketiga. Golongan Phrai yang gagal mendaftar diri kepada golongan Nai dianggap penjenayah. Phrai perlu memberi hadiah,perkhidmatan dan kesetiaan untuk mendapat perlindungan daripada golongan Nai. Terdapat tiga kumpulan Phrai. Pertama adalah Phrai luang,mereka menjalankan tugas bagi pihak raja. Kedua adalah Phrai Som, mereka adalah phrai yang berdaftar dengan khunnang, mereka juga perlu berkhidmat kepada raja. Ketiga adalah Phrai Suai,mereka mendaftar diri di wilayah yang jauh daripada ibu kota. Tugas mereka adalah untuk mendapatkan bekalan mentah dan hasil huta untuk dijual di ibu kota.
·         Golongan sangha mempunyai kedudukan sosial yang istimewa kerana dikecualikan dengan Nai,Phrai dan That. Mereka berperanan mengajar masyarakat Thai soal keagamaan.

Golongan Diperintah

·         That pula adalah golongan hamba. Mereka akan menjadi hamba kepada golongan phrai dan nai. Mereka tidak bebas,tetapi berhak mempunyai harta dan tanah. That terbahagi kepada dua iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di Myanmar.
Golongan Pemerintah
·         Kedudukan raja adalah yang paling tinggi. Dianggap sebagai wakil tuhan. Raja diberi sifat ketuhanan. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua bidang. Raja dianggap sebagai pelindung kepada pencerobohan.
·         Dalam sistem pemerintahan, raja bergantung kepada sistem pembesar. Golongan ini menjadi tiang penyokong kepada kerajaan. Antara pembesar-pembesar ini ialah Wungyi(ketua menteri),Wundauk(menteri muda),Atinwun(pegawai istana) dan para pembesar yang lain. Wungyi mempunyai kuasa yang paling tinggi. Wungyi terdiri daripada 4 orang menteri kanan. Wundauk pula ditugaskan membantu Wungyi.
·         Pentadbiran istana berada di tangan Atinwun. Bilangan mereka ialah empat hingga lapan orang. Mereka akan mengawal istana. Mereka juga mengawal cukai negara. Kuasa mereka dikatakan lebih hebat daripada Wungyi.
·         Pembesar daerah terdiri daripada myowun(gabenor) myosa(tuan tanah). Myowun menguasai tanah dan memungut cukai daripada rakyat. Myowun akan memberi 60 hingga 80 peratus cukai kepada raja dan selebihnya akan diambil oleh Myowun.
·         Pembesar terakhir ialah myothugi(ketua bandar). Myothugi bertanggungjawab mengawal rakyat dan mendapat penghormatan serta taat setia daripada orang kampung.
·         Pembesar yang memegang jawatan paling rendah dalam daerah ialah ketua kampung. Jawatan ketua kampung diwarisi secara warisan. Penggantian ketua kampung berdasarkan kekayaan dan hak memerintah. Perlantikan akan dilakukan oleh raja. Mereka akan menjaga keamanan yang berada di kampung mereka dan menyelesai masalah-masalah yang timbul.

Golongan Diperintah.

·         Golongan rakyat terdiri daripada petani dan menjadi golongan yang diperintah. Golongan ini mengamalkan kegiatan sara diri dengan menanam padi sawah dan dipertanggungjawabkan mengeluarkan makanan yang mencukupi kepada masyarakat Myanmar. Mereka juga dikehendaki membayar cukai kepada raja.
·         Ahmudan adalah golongan rakyat yang berkemahiran dalam pelbagai bidang dan mendapat perhatian istimewa daripada masyarakat. Mereka dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti perkhidmatan peribadi raja,mereka akan menetap berdekatan dengan istana dan ibu kota. Sebagai ganjaran mereka akan diberi tanah.
·         Lapisan terendah adalah golongan hamba. Golongan hamba terdiri daripada golongan hamba abdi biara dan penjenayah yang menerima hukuman. Mereka akan bertani dan melakukan tugas-tugas di biara.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di Filipina.
Golongan Pemerintah
·         Di dalam sebuah kawasan,pemimpinnya digelar datu. Seorang datu dipilih dalam kalangan yang tua dan berpengalaman. Golongan datu adalah golongan yang berkuasa dan menjalan tugas pemerintahan dan pentadbiran,menguasai tanah serta kemasyarakatan dalam barangay(kawasan)
·         Golongan bangsawan dikenali sebagai maharlika. Maharlika pula membantu datu dalam menjalankan kuasa politik dan kemasyarakatan. Golongan datu dan maharlika menguasai sumber hasil dan tanah. Rakyat yang tidak mempunyai tanah perlu menyewa atau membayar cukai kepada mereka.

Golongan Diperintah

·         Golongan ini terdiri daripada golongan petani. Mereka adalah hamba-hamba yang telah dibebaskan. Mereka berperanan mengerjakan tanah-tanah untuk menghasilkan tanaman makanan bagi keperluan barangay. Mereka juga perlu memberi khidmat sukarela kepada pembesar.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di China.
Golongan Pemerintah

·         Maharaja menduduki tempat yang paling tinggi dalam hierarki sosial. Jawatan maharaja diwarisi oleh putera mahkota iaitu anak lelaki pertama daripada permaisuri yang sah. Maharaja China dianggap mendapat mandat daripada syurga untuk memerintah. Kegagalan maharaja memerintah bermakna maharaja telah kehilangan mandat. Maharaja boleh digulingkan melalui pemberontakan dan digantikan oleh pemerintah baru.
·         Golongan pemerintah di bawah maharaja ialah bangsawan atau pembesar. Mereka ditauliahkan pemerintahan wilayah oleh maharaja. Maharaja akan menganugerahkan tanah kepada bangsawan dan pembesar.
·         Golongan terpelajar mempunyai darjat yang tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini diadakan untuk memilih mereka yang benar layak untuk memegang jawatan pegawai.

Gologan Diperintah

·         Petani merupakan golongan ketiga dalam sistem feudal China. Lebih kurang 80% daripada penduduk China ialah petani. Petani bertanggungjawabkan mengeluarkan makanan yang mencukupi bagi seluru makanan kepada masyarakat.
·         Lapisan paling rendah ialah tukang-tukang mahir,saudagar,askar dan buruh. China mengamalkan dasar tutup pintu dan anti-perdagangan. Kegiatan perdagangan dianggap hina. Askar pula terdiri daripada banduan yang dituhi hukuman dan memainkan peranan penting dalam peperangan untuk mempertahanlan negara.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di Jepun.
Golongan Pemerintah
·         Semasa pemerintahan shogun tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir maharaja hanya menjadi lambing perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. Sistem maharaja di Jepun ini berjaya mengekalkan kedudukan maharaja dan sistem ini kekal sehingga hari ini.
·         Kuasa pemerintahan terletak kepada shogun tokugawa. Mereka menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan bangsawan atau daimyo  yang menyokongnya  dan menentangnya. Daimyo yang menyokong shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentang ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.
·         Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai,daimyo Shimpan dan daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga shogun tokugawa dan telah dikurniakan tanah  yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi shogun. Mreka telah ditempat jauh daripada shogun kerana untuk mengelak ancaman daripada mereka.
·         Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan Negara dan daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.

Golongan Diperintah
·         Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi secukuo makan sahaja kerana hasil beras untuk Negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini mengebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
·         Kelas tukang-tukang mahir (artisan) adakah dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.
·         Kelas pedagang(chonin) terletak dibawah artisab. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobility social. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.

No comments:

Post a Comment