Tuesday, March 29, 2011

Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan oleh Jepun dan Vietnam dan Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan oleh India dan China

1.Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan oleh Jepun dan Vietnam.

Ekonomi sara diri bermaksud sesuatu aktiviti ekonomi bertujuan keperluan asas dan tidak bertujuan untuk diperdagangkan. Ekonomi sara diri ialah satu sistem yang tiada apa-apapun hasil dari kebun-kebun yang diusahakan itu dijual keluar. Kegiatan ekonomi sara diri ini lazimnya, tidak memerlukan modal yang banyak,peralatan yang digunakan tidak memerlukan peralatan yang canggih. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu. Masyarakat di Jepun dan Vietnam mengamalkan sistem sara diri.

Masyarakat Jepun menjalankan aktiviti pertanian sara diri sebagai kegiatan ekonomi utama. Masyarakat kampung menjalankan aktiviti pertanian dikenali sebagai noson. Manakala masyarakat Jepun yang menjalakan aktiviti pertanian di tanah tinggi dikenali sebagai sanson. Pertanian adalah aktiviti warisan. Aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan dan merupakan aktiviti keluarga. Tanaman utama mereka adalah padi. Kaum petani di Jepun digelarkan hyakusho kerana hidup miskin dan taraf sosial meeka rendah. Dalam masyarakat Jepun terdapat tiga jenis petani iaitu,petani yang menjalankan kegiatan pertanian di tanah milik sendiri,petani yang menjalankan pertanian di tanah sendiri dan tanah sewa dan petani yang menjalankan pertanian di tanah sewa.

Kepentingan petani di Jepun jelas dapat dilihat apabila mereka menyumbangkan pertumbuhan ekonomi akibat pertambahan keluasan penggunaan tanah pertanian melalui kegiatan tebus guna tanah. Peningkatan ini juga turut disumbang oleh penggunaan benih dan peralatan yang lebih baik,penggunaan haiwan untuk membajak,peningkatan ini telah mengatasi masalah kebuluran.
Tanaman kedua yang diusahakan oleh masyarakat Jepun ialah barli,gandum,pokok teh,kacang soya dan sayur-sayuran.

Masyarakat Jepun juga menjalankan aktiviti perikanan dalam kegiatan ekonomi sara diri. Aktiviti perikanan dijalankan di kawsan perairan negara Jepun yang kaya dengan ikan. Hal ini demikian kerana Jepun terletak di persimpangan arus Hitam yang panas dengan arus Kamchatka yang sejuk dekat pantai Jepun. Nelayan ini hanya menangkap ikan di persisiran pantai serta menggunakan kaedah tradisional sahaja seperti jala dan pukat.

Masyarakat Jepun menjalankan aktiviti perdagangan yang terhad dengan negara China Belanda sahaja. Pedagang Belanda hanya dibenarkan menjalankan urusan mereka di pelabuhan Nagasaki dan mendirikan sebuah kilang di sebuah kecil iaitu pulau Deshima. Pedagang-pedagang ini mengimport perak,tembaga,besi,beras dan lain-lain dari Jepun dan membawa masuk ke Jepun,barangan seperti ini sutera,kapas,minyak wangi dan gula,kesemuanua menjadi popular dalam kalangan kelas atasan masyarakat Tokugawa. Manakala,pedagang China pula kurang menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun kerana negara China kaya dengan bahan mentahnya sendiri.

Masyarakat Vietnam bergantung kepada ekonomi sara diri berbentuk pertanian. Kegiatan pertanian utama yang diusahakan ialah padi. Penanaman padi meliputi lima perenam daripada jumlah kawasan pertanian dan merupakan makanan utama bagi penduduk Vietnam. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam mengikut kawasan-kawasan di Vietnam. Melalui tali air penduduk Vietnam telah mengairi kawasan pertanian mereka. Mereka menggunakan najis binatang untuk menyuburkan kawasan pertanian mereka.
Selain penanaman padi,penduduk Vietnam juga mengusahakan tanam lain seperti ubi keledek,jagung,kacang dan buah-buahan. Tanaman ini ditanam sebagai tanaman luar musim kering .

Penduduk kampung di Vietnam juga menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan seperti perusahaan membuat tembikar,tenunan,menyanyam dan bertukang. Penduduk kampung akan cuba merahsiakan tradisi perusahaan mereka dengan melarang kaum wanitanya berkahwin dengan lelaki dari kampung alin dan mereka juga enggan mengajar kemahiran mereka kepada orang luar. Golongan tukang kerap kali dikecualikan daripada kerahan tenaga dan membayar cukai seperti diwajibkan kepada petani. Walaupun demikian, golongan petukang harus membekalkan hasil-hasil pertukangan kepada maharaja.

Ekonomi perdagangan amat terhad di Vietnam. Perdagangan hanya dijalankan di daratan dan di kawasan pendalaman di Vietnam.  Perdagangan antara Vietnam dengan negara luar turut berlaku. Kapal-kapal perdagangan asing yang dibenarkan berniaga  di pelabuhan Vietnam hanyalang tongkang-tongkang dari negara Siam dan China. Barang perdagangan yang diperdagangankan adalah rempah,lada,besi,gula dan beberapa barangan mewah.

Penduduk Vietnam juga menjalankan kegiatan perlombongan sebagai kegiatan ekonomi sara diri. Hasil perlombongan yang utama ialah  arang batu. Longgokan arang batu telah dijumpai di Quang Yen dan telah diusahakan beratus-ratus tahun dahulu.

Masyarakat Vietnam juga melakukan kegiatan perikanan. Ikan-ikan yang ditangkap akan dikeringkan,disalai atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan ini akan dibawa keluar dari kawasa Tasik Tonle Sap dengan perahu-perahu ke Dataran Mekong melalui jalan Snoc Trou atau dataran lumpur.

Kesimpulan,masyarakat di Jepun dan China mengamalkan ekonomi sara diri. Ekonomi utama mereka adalah pertanian,penternakan,pertukangan,perikanan dan perdagangan. Ekonomi yang dijalankan telah memajukan ekonomi di Jepun dan Vietnam.

2.Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan oleh India dan China

Ekonomi sara diri bermaksud sesuatu aktiviti ekonomi bertujuan keperluan asas dan tidak bertujuan untuk diperdagangkan. Ekonomi sara diri ialah satu sistem yang tiada apa-apapun hasil dari kebun-kebun yang diusahakan itu dijual keluar. Kegiatan ekonomi sara diri ini lazimnya, tidak memerlukan modal yang banyak,peralatan yang digunakan tidak memerlukan peralatan yang canggih. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu. Masyarakat di India dan China mengamalkan sistem sara diri.

Di India aktiviti pertanian adalah aktiviti utama bagi masyarakat India. Pertanian sara diri diamalkan secara meluas. Aktiviti pertanian utama ialah penanam padi. Petani-petani India juga mengamalkan penanaman kapas sebagai kegiatan sara diri yang utama dan maju. Tanaman lain yang diusahakan ialah tanaman indigo,gandum,sekoi dan tebu.

Selain pertanian,petani-petani juga menjalankan aktiviti penternakan binatang seperti ayam,itik,lembu dan kambing biri-biri. Aktiviti merupakan aktiviti sampingan. Binatang ini dibiarkan berkeliaran. Binatang ternakan digunakan oleh petani untuk bantuan semasa aktiviti pertanian.

Masyarakat India juga mengamalkan aktiviti pembuatan oleh petani. Aktiviti ini berkembang di kampung-kampung seperti membuat peralatan pertukangan.

Aktiviti perlombongan juga diusahakan oleh masyarakat India. Perlombongan emas,besi dan logam banyak terdapat di India tetapi hanya dilombong secara kecil-kecilan sahaja. Masyarakat India juga telah melombong garam di Punjab, selain itu garam juga boleh diperoleh dari pantai. Aktiviti ini dikawal oleh kerajaan dan dikenakan cukai.

Negara China mempunyai iklim dan bentuk muka bumi yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Di kawasan lembah-lembah sungai ini amat subur dan sesuai dijadikan tempat pertanian. Pertanian telah menjadi aktiviti utama dalam kalangan penduduk China. Aktiviti pertanian bersifat sara diri. Pertanian utama yang diusahakan di Chian ialah padi. Masyarakat Cina juga menanam barli,gandum,kacang,sayur-sayuran dan teh. Kapas juga ditanam untuk dijadikan kain. Masyarakat Cina banyak makan sayur-sayuran oleh itu hampir semua kawasan kosong di rumah mereka dijadikan kawasan tanaman sayur-sayuran. Bagi masyarakat Cina yang tinggal dikawasan tanah tinggi mereka akan menanam padi huma.

Masyarakat China juga menjalankan aktiviti ekonomi perusahaan sara diri secara kecil-kecilan seperti mengubah bunga plastik di Peiping, membuat tembikar di Ching te’Chen, dan perusahaan sutera di daerah Shantung,Hopei dan Manchuria.

Aktiviti lain yang diamalkan ialah perdagangan. Aktiviti ini telah menyumbang kepada pendapatan negara China. Kerajaan China telah mendapat pendapatan negara China. Perdagangan garam dimonopoli oleh keluarga diraja China. Ekonomi perdagangan luar dengan Barat adalah terhad di pelabuhan Canton sahaja. Aktiviti perdagangan ini dikawal dengan ketat oleh Maharaja China. Barangan yang diperdagangkan hanyalah teh China,sutera dan barang-barang tembikar, manakala China hanya mengimport barangan seperti kapas dan kain-kain bulu sahaja dari barat.

Negara China juga kaya dengan hasil galiannya seperti arang batu,besi,tembaga,bijih timah,timah hitam,antimoni dan perak. Walaubagaimanapun, kerja-kerja melombong masih lagi dijalankan dengan kaedah tradisional. Oleh itu,pengeluaran galian tidak memaksimumkan untuk perdangangan komersial.
Kesimpulan,masyarakat di India dan China mengamalkan ekonomi sara diri. Ekonomi utama mereka adalah pertanian,penternakan,pertukangan dan perdagangan. Ekonomi yang dijalankan telah memajukan ekonomi di India dan China.

No comments:

Post a Comment