Saturday, April 2, 2011

Masyarakat Islam Di Eropah ( Sepanyol dan Sicily )

Masyarakat Islam Di Eropah ( Sepanyol dan Sicily )

Latar Belakang Masyarakat :
Kerajaan Islam Andalalus ( Sepanyol ) mewakili masyarakat Islam Eropah.
Kerajaan-kerajaan Islam yang memerintah Andalus :
o    Kerajaan Bani Ummaiyah.
o    Kerajaan Muluk Al-Tawa’if.
o    Kerajaan Al-Murabbitun.
o    Kerajaan Al-Muwabhidun
o    Kerajaan Nasiriyah
Tempoh pemerintahan 756-1492 M (336 tahun)
Kerajaan Islam Sicily :
Kerajaan-kerajaan Islam yang memerintah Sicily :
o    Kerajaan Aghlabiyah
o    Kerajaan Fatimiyah
o    Kerajaan kalbiyah
Tempoh pemerintahan 903-1060M (157 tahun)
Masayarakat Islam Eropah :
Kerajaan Islam Andalus (Sepanyol)
Bermula dengan zaman Kerajaan bani Umaiyah, pelbagai kaum wujud spt  :
o    Barbar
o    Arab
o    Penduduk tempatan (Muwalladun)
o    Penganut Kristian (Mozarab)
o    Yahudi
o    Hamba
Kaum Barbar :
1.        Masyarakat yang hidup menetap.
2.        Kebanyakan tinggal di desa.
3.        Melibatkan diri dalam bidang pertukangan, pertanian dan sebilangannya bertugas sebagai buruh,
4.        Berasal daripada keturunan pejuang-pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol.
5.        Setelah bergabung dengan kaum muslimin yang lain, mereka mula menghadapi penentangan daripada puak kristian.





Kaum Arab :
1.        Merupakan golongan pemerintah Andalusia yang berketurunan Bani Umaiyyah.
2.        Terdiri daripada golongan yang kecil,
3.        Mempunyai pengaruh dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban. Pengaruh mereka kuat kerana mempunyai hubungan dengan pemerintah Bani Umayyah di Damsyik.
4.        Mereka juga berpengaruh dalam bidang ekonomi di Sepanyol, dan memiliki ladang-ladang yang besar serta hasil yang lumayan.
Golongan Muwalladun
1.        Merupakan penduduk tempatan bangsa Sepanyol yang memeluk agama Islam.
2.        Bilangan mereka adalah melebihi orang Arab.
3.        Amat berbangga dengan agama yang mereka anuti.
4.        Berlaku perkahwinan campur antara orang Arab dengan golongan Muwalladun yang secara langsung merapatkan jurang antara mereka sehingga perbezaan antara bangsa Arab dan Muwalladun tidak dapat dikenali lagi.
Golongan Mozarab :
1.        Merupakan orang kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam.
2.        Boleh disamakan dengan golongan Zimmi, di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah di Damsyik.
3.        Menetap di bandar dan di luar Bandar serta bertutur dalam loghat Rom.
4.        Bagi golongan terpelajar, mereka boleh bertutur dan menulis bahasa Arab dengan baik.
5.        Membayar jizyah kepada kerajaan Islam, menikmati kebebasan beragama dan tidak dipaksa menganut agama Islam.
Golongan Yahudi dan Hamba :
1.        Golongan Yahudi tidak ramai tetapi mereka banyak menyubang dalam bidang intelektual.
2.        Hidup dengan aman di bawah naugan kerajaan Islam dan membayar jizyah.
3.        Golongan hamba terbahagi kepada 2 puak, iaitu: Puak Negro dan puak Saqalibah.
4.        Golongan  Saqalibah amat berpengaruh dan mempunyai bilangan yang ramai pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III.
5.        Mereka akhirnya diberi kebebasan dan memeluk Islam serta berpenagaruh dalam bidang politik.
6.        Pada abad ke- 11, golongan ini merupakan salah satu daripada golongan yang penting di Sepanyol.
Struktur Masyarakat Islam Sicily :
o    Barbar :         Majoriti, beragama Islam dan berasal dari Afrika Utara.
o    Arab :            Golongan elit, bangga dengan status dan kedudukan bangsa mereka dan kuasai ekonomi.
o    Penduduk tempatan.
        Ketiga-tiga kelompok tidak bekerjasama.
Faktor-faktor kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol :
o    Tidak bersatu :    mengutamakan kepentingan kaum masing-masing, tidak pernah berkompromi dalam semua perkara.
o     Kerajaan Muluk Al-tawa’if :   Dasar pertahanan agresif, tiada semangat kejiranan enggan kerajaan-kerajaan lain, matlamat ingin menang dan berkuasa dan sanggup bekerjasama dengan musuh (orang kristian)
o     Orang Kristian Utara :   kukuhkan kedudukan melalui perpecahan pemimpin Islam sepanyol dan berjaya memaksa Kerajaan Muluk Al-tawa’if membayar ufti kepada mereka.
o     Kejatuhan Toledo :   ke tangan alfonso VI (1085M), Toledo jadi tapak kuat tentera kristian untuk lencarkan ‘Reconquista’ (penawanan semula Sepanyol oleh kristuan)
o     Alfonso VI :   pemerintah Kristian yang kuat dan perintah Leon dan Castile.

No comments:

Post a Comment