Huraikan adat masyarakat yang diamalkan di Jepun.
Masyarakat tempatan di Jepun sudah memiliki satu sistem masyarakat yang tersusun sebelum abad ke-19 dan hidup berasaskan hukum adat yang menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian. Umumnya adat dapat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu masyarakat secara turun-temurun dan merupakan satu peraturan yang harus dipatuhi. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat Jepun.
Masyarakat Jepun mengamalakan adat chanoyu (adat minum teh). Adat ini menunjukkan bahawa rutin dalam kehidupan harian bileh dijelmakan sebagai satu adat. Adat ini menganduni ritual-ritual tertentu semasa pelaksaannya,di samping mementingkan etika-etika,alat-alat dan perhiasan dalam bentuk yang ringkat serta teh yang digunakan mestilah teh hijau. Adat ini diamalkan oleh golongan atasan dan rakyat jelata untuk mengalu-alukan tetamu dan bertujuan membersihkan jiwa dan bersatu dengan alam.
Masyarakat Jepun mementingkan sopan santun dan aturan harian,terutamanya dalam kalangan golongan atasan. Antaranya ialah adat berpakaian,budi bahasa ketika berhubung antara satu dengan yang lain,dan kelakuan menundukkan kepala sebagai tanda menghormati seseorang apabila bertemu dengan orang lain. Mereka juga menyintai seni dan kecantikan.
Adat istiadat dalam masyarakat Jepun mementingkan seni dan kecantikan. Adat istiadat diperhaluskan sehingga menjadi satu seni yang indah. Hal ini dapat dilihat dalam seni gubahan bunga yang juga dipengaruhi oleh zen Buddhisme. Seni gubahan bunga atau ikebana bukan sahaja gubahan bunga tetapi menyebabkan penggubahnya seolah-olah bersatu dengan alam untuk menggambarkan keharmonian antara syurga,bumi,manusia. Hal inilah yang ingin dicapai oleh ikebana.
Masyarakt Jepun amat menghormati Maharaja. Masyarakt Jepun menganggap Maharaja Jepun mendapat perlindungan daripada dewa dewi. Maharaja Jepun telah mendapat pengiktirafan sebagai ketua negara tetapi baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Oleh itu, masyarakat Jepun digalakkan melakukan upacara penghormatan terhadap Maharaja.
Masyarakat Jepun amat mementingkan kedudukan gologan bangsawan. Adat menghormati bangsawan ini dapat dilihat dengan member keutamaan kepada golongan bangsawan ketika berjalan. Sekiranya keutamaan ini tidak diberikan, rakyat akan menerima padahnya. Misalnya,peraralan daimyo barat yang berulang alik di jalan Tokaido menuju ke istana Tokugawa di Yedo,daimyo-daimyo tersebut akan diusung di dalam sebuah usungan di tengah-tengah perarakan dan orang kebanyakan di tepi jalan akan menunjukkan hormat dengan berlutut dan sujud di tanah.
Adat perkahwinan juga menjadi amalan dalam masyarakat Jepun. Dalam masyarakat petani,perkahwinan dibuat melalui pilihan kedua-dua pasangan pengantin baru,sementara orang tua hanya bertindak memperakukan perkahwinan. Sebaliknya perkahwinan Miai (orang tengah) lebih popular dalam kalangan golongan bushi(perwira). Dalam perkahwinan miai,orang tengah berusaha member kepuasan kepada kedua-dua bilah pihak selain member kaum wanita peluang membuat pilihan. Perkahwinan miai juga dilakukan untuk memenuhi tujuan politik.
Sesungguhnya adat telah mencorakkan cara hidup sesebuah masyarakat. Perbezaan adat melambangkan perbezaan budaya dalam sesebuah masyarakat dan secara tidak langsung melambangkan budaya sesuatu bangsa. Namun demikian dengan kedatangan pengaruh luar sedikit sebanyak telah memperkayakan lagi adat tempatan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete