Huraikan adat masyarakat yang diamalkan di Indonesia.
Masyarakat tempatan di Indonesia sudah memiliki satu sistem masyarakat yang tersusun sebelum abad ke-19 dan hidup berasaskan hukum adat yang menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian. Umumnya adat dapat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu masyarakat secara turun-temurun dan merupakan satu peraturan yang harus dipatuhi. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat Indonesia.
Dalam masyarakat Indonesia pula terdapat adat bagi wanita hamil. Apabila kandungan sudah mencapai tujuh bulan diadakan upacara mandi hamil. Dalam upacara ini, wanita hamil tersebut dikehendaki menyediakan rojak dan menjualnya kepada para tetamu. Harga rojak dibayar dengan atap genting. Adat ini sebenarnya mengajar sifat berjimat cermat kepada bayi yang dalam kandungan. Rasa rojak pula menentukan jantina bayi dalam kandungan. Jika rasa rojak itu masam bermakna bayi yang akan dilahirkan itu lelaki dan jika manis pula bayi yang akan dilahirkan perempuan. Wanita hamil ini pula akan diberikan makanan yang khusus dan tidak dibenarkan menyentuh benda tajam kerana bimbang akan memudaratkan anak. Para tetamu juga tidak dibenarkan memberi hadiah kepada bayi yang baru lahir kerana bimbang akan membawa keburukan kepada bayi tersebut.
Disamping itu masyarakat Indonesia juga mengamalkan adat menyambut kelahiran bayi. Dalam upacara ini, mereka akan meletakkan pelbagai bahan di hadapan bayi untuk melihat apa yang disukai bayi yang baru lahir itu. Upacara ini sebenarnya untuk meramal nasib bayi tersebut. Bayi juga dibekalkan dengan azimat berupa benang yang dililit dilengan atau dileher bagi mengelakkan daripada dirasuk unsur-unsur jahat. Selain itu, bayi tersebut disapau dengan jamu khas setiap hari supaya terhindar daripada makhluk halus.
Orang Indonesia amat memuliakan tetamu. Mereka akan menjemput tetamu makan bersama sebelum ahli keluarga mula menjamah makanan. Bagi mereka memakan makanan bersendirian dianggap biadab. Tetamu dimuliakan dengan memberi layanan istimewa dan makanan yang dihidangkan pula berdasarkan kemampuan tuan rumah. Biasanya makanan akan dihidangkan di atas tikar anyaman yang dibentangkan ditengahtengah dapur. Mereka akan duduk bersila sambil menikamti hidangan yang disediakan.
Bagi masyarakat Indonesia yang mengamalkan adat minangkabau, mereka mengamalkan adat memilih pemimpin. Pemilihan ketua kampung berdasarkan system persaudaraan suku masyarakat tersebut. Kedatangan Islam menyebabkan berlakunya sedikit pertentangan dalam pemilihan ketua ini kerana pangkat dan taraf yang diberikan oleh kuasa adat tidak sama dengan taraf yang ditentukan oleh hokum syarak. Hubungan diantara pemimpin puak dengan ketua kampung yang berlandaskan adat ini ditentang oleh pemimpin agama.
Sesungguhnya adat telah mencorakkan cara hidup sesebuah masyarakat. Perbezaan adat melambangkan perbezaan budaya dalam sesebuah masyarakat dan secara tidak langsung melambangkan budaya sesuatu bangsa. Namun demikian dengan kedatangan pengaruh luar sedikit sebanyak telah memperkayakan lagi adat tempatan.
No comments:
Post a Comment