Saturday, April 2, 2011

Huraikan adat masyarakat yang diamalkan di Thailand

Huraikan adat masyarakat yang diamalkan di Thailand.

Masyarakat tempatan di Thailand sudah memiliki satu sistem masyarakat yang tersusun sebelum abad ke-19 dan hidup berasaskan hukum adat yang menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian. Umumnya adat dapat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu masyarakat secara turun-temurun dan merupakan satu peraturan yang harus dipatuhi. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat Thailand.

Masyarakat Thailand mengamalkan adat menghadap raja. Rakyat Thailand mempercayai unsure ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah membolehkan pemerintah disanjung dan menganggap bahawa raja Thailand mempunyai yang paling mulia dan dianggap suci. Rakyat dilarang menatap muka raja. Malah sesiapa yang menatap muka raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakan matanya.

Rakyat mengamalkan amalam menyembah raja secara bersujud sebagai penghormatan dan taat setia kepada raja. Rakyat diarahkan merangkak masuk dan berada dalam keadaan meniarap ketika menghadap raja. Amalan ini seterusnya dihapuskan oleh Raha Chulalongkorn. Perubahan ini adalah untuk memperbaiki kebajikan rakyatnya.

Masyarakat Thailand mengamalkan adat menjual isteri dan anak. Menurut adat ini, seorang bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai symbol kekayaan yang dimilikinya. Isteri dan anaknya boleh dijual untuk dijadjikan hamba. Walau bagaimanapun adat ini telah dihapuskan oleh Raja Mongkut.

Pengaruh agama Buddha amat kuat di Thailand. Hal ini dapat dilihat dengan terbinannya 50000 buah kuil. Melalui sami-sami Buddha inilah, negara Thailand berhubungan dengan adat istiadat jajahan India. Mislanya, pakaian beradat di negeri Thai seperti pakaian Panong. Pakaian panong ini ialah sehelai kain yang dililit di bahagian bawah badan dan dimasukkan di celah kaki seperti kain dhoti di India. Pakaian ini dipakai oleh orang lelaki dan perempuan di Thailand.

Sesungguhnya adat telah mencorakkan cara hidup sesebuah masyarakat. Perbezaan adat melambangkan perbezaan budaya dalam sesebuah masyarakat dan secara tidak langsung melambangkan budaya sesuatu bangsa. Namun demikian dengan kedatangan pengaruh luar sedikit sebanyak telah memperkayakan lagi adat tempatan.

Huraikan adat masyarakat yang diamalkan di Jepun

Huraikan adat masyarakat yang diamalkan di Jepun.

Masyarakat tempatan di Jepun sudah memiliki satu sistem masyarakat yang tersusun sebelum abad ke-19 dan hidup berasaskan hukum adat yang menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian. Umumnya adat dapat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu masyarakat secara turun-temurun dan merupakan satu peraturan yang harus dipatuhi. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat Jepun.

Masyarakat Jepun mengamalakan adat chanoyu (adat minum teh). Adat ini menunjukkan bahawa rutin dalam kehidupan harian bileh dijelmakan sebagai satu adat. Adat ini menganduni ritual-ritual tertentu semasa pelaksaannya,di samping mementingkan etika-etika,alat-alat dan perhiasan dalam bentuk yang ringkat serta teh yang digunakan mestilah teh hijau. Adat ini diamalkan oleh golongan atasan dan rakyat jelata untuk mengalu-alukan tetamu dan bertujuan membersihkan jiwa dan bersatu dengan alam.

Masyarakat Jepun mementingkan sopan santun dan aturan harian,terutamanya dalam kalangan golongan atasan. Antaranya ialah adat berpakaian,budi bahasa ketika berhubung antara satu dengan yang lain,dan kelakuan menundukkan kepala sebagai tanda menghormati seseorang apabila bertemu dengan orang lain. Mereka juga menyintai seni dan kecantikan.

Adat istiadat dalam masyarakat Jepun mementingkan seni dan kecantikan. Adat istiadat diperhaluskan sehingga menjadi satu seni yang indah. Hal ini dapat dilihat dalam seni gubahan bunga yang juga dipengaruhi oleh zen Buddhisme. Seni gubahan bunga atau ikebana bukan sahaja gubahan bunga tetapi menyebabkan penggubahnya seolah-olah bersatu dengan alam untuk menggambarkan keharmonian antara syurga,bumi,manusia. Hal inilah yang ingin dicapai oleh ikebana.

Masyarakt Jepun amat menghormati Maharaja. Masyarakt Jepun menganggap Maharaja Jepun mendapat perlindungan daripada dewa dewi. Maharaja Jepun telah mendapat pengiktirafan sebagai ketua negara tetapi baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Oleh itu, masyarakat Jepun digalakkan melakukan upacara penghormatan terhadap Maharaja.

Masyarakat Jepun amat mementingkan kedudukan gologan bangsawan. Adat menghormati bangsawan ini dapat dilihat dengan member keutamaan kepada golongan bangsawan ketika berjalan. Sekiranya keutamaan ini tidak diberikan, rakyat akan menerima padahnya. Misalnya,peraralan daimyo barat yang berulang alik di jalan Tokaido menuju ke istana Tokugawa di Yedo,daimyo-daimyo tersebut akan diusung di dalam sebuah usungan di tengah-tengah perarakan dan orang kebanyakan di tepi jalan akan menunjukkan hormat dengan berlutut dan sujud di tanah.

Adat perkahwinan juga menjadi amalan dalam masyarakat Jepun. Dalam masyarakat petani,perkahwinan dibuat melalui pilihan kedua-dua pasangan pengantin baru,sementara orang tua hanya bertindak memperakukan perkahwinan. Sebaliknya perkahwinan Miai (orang tengah) lebih popular dalam kalangan golongan bushi(perwira). Dalam perkahwinan miai,orang tengah berusaha member kepuasan kepada kedua-dua bilah pihak selain member kaum wanita peluang membuat pilihan. Perkahwinan miai juga dilakukan untuk memenuhi tujuan politik.

Sesungguhnya adat telah mencorakkan cara hidup sesebuah masyarakat. Perbezaan adat melambangkan perbezaan budaya dalam sesebuah masyarakat dan secara tidak langsung melambangkan budaya sesuatu bangsa. Namun demikian dengan kedatangan pengaruh luar sedikit sebanyak telah memperkayakan lagi adat tempatan.

Huraikan fungsi adat kepada masyarakat tradisional di Asia Tenggara,Asia Timur dan Asia Selatan

Huraikan fungsi adat  kepada masyarakat tradisional di Asia Tenggara,Asia Timur dan Asia Selatan.

Masyarakat tempatan di Asia Tenggara,Asia Timur dan Asia Selatan sudah memiliki satu sistem masyarakat yang tersusun sebelum abad ke-19 dan hidup berasaskan hukum adat yang menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian. Umumnya adat dapat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu masyarakat secara turun-temurun dan merupakan satu peraturan yang harus dipatuhi. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara,Asia Timur dan Asia Selatan.

Fungsi adat dalam masyarakat adalah membentuk nilai yang akan membentuk keperibadian sesuatu masyarakat. Sistem nilai tersebut adalah amalan asas yang diamalkan oleh masyarakat seperti amalan berkeluarga,bersosial,beragama,sistem ekonomi dan sebagainya. Sistem nilai ini akan mengikat masyarakat daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan.

Adat juga merupakan simbol keseimbangan antara manusia  dengan manusia,dan manusia dengan alam. Masyarakat mempercayai bahawa kehidupan manusia itu berkaitan dengan alam sekitar. Oleh itu, manusia berperanan untuk memastikan keseimbangan itu akan berterusan. Jika keseimbangan ini tidak dijaga, kemusnahan alam akan menimbulkan malapetaka terhadap manusia.

Adat juga telah membentuk hubungan yang erat dalam anggota masyarakat. Konsep permuafakatan dan ikatan bekerjasama yang diamalkan dalam masyarakat di Asia banyak ditentukan oleh adat yang diamalkan. Oleh yang demikian,fungsi adat adalah untuk memastikan keadilan dan kebenaran diamalkan dalam sesebuah masyarakat.

Sesungguhnya adat telah mencorakkan cara hidup sesebuah masyarakat. Perbezaan adat melambangkan perbezaan budaya dalam sesebuah masyarakat dan secara tidak langsung melambangkan budaya sesuatu bangsa. Namun demikian dengan kedatangan pengaruh luar sedikit sebanyak telah memperkayakan lagi adat tempatan.

Bincangkan sistem perundangan masyarakat di Jepun dan Bincangkan sistem perundangan masyarakat di China

1.Bincangkan sistem perundangan masyarakat di Jepun.

Undang-undang ialah suatu cara menyelesaikan pelbagai konflik dan kekecohan dalam masyarakat. Undang-undang merupakan sistem yang mengawal tindak-tanduk masyarakat. Peraturan boleh dipengaruhi oleh keagamaan dan falsafah. Undang-undang merupakan garis panduan sesebuah negara dan undang-undang digubal oleh golongan pemerintah. Sistem perundangan Jepun dikatakan telah dipengaruhi oleh perundangan China.

Ketika pemerintah Shogun Tokugawa,Tokugawa telah mengamalkan sistem feudal. Pemerintahan ini menggunakan undang-undang berdasarkan perbezaan status, hak pemerintah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan berdasarkan kedudukan dalam struktur masyarakat Jepun. Undang-undang ini dilaksanakan untuk menjamin kedudukan golongan pemerintah dan bukannya golongan bawahan.

Shogun Tokugawa telah mengadakan undang-undang menyekat kuasa Maharaja Jepun. Peraturan Bagi Istana telah diwujudkan untuk menyekat kuasa Maharaja. Mengikut peraturan ini Maharaja harus mendedikasi memperoleh ilmu pengetahuan ajaran-ajaran klasik dan memajukan tradsisi puisi.

Shogun Tokugawa juga mengadakan Ordinan-ordinan Bagi Rumah Tentera bagi mengawal daimyo tozama dan dan kelas tentera. Undang-undang ini menyekat kuasa tentera termasuk sekatan memperbaiki istana. Shogun Tokugawa tidak membenarkan membawa askar dari kawasan lain ke kawasan mereka. Daimyo-daimyo juga tidak dibenarkan memakai pakaian mewah dan dikehendaki melakukan Sistem Sankin Kotai.
Daimyo menjadi kelompok yang paling berkuasa dan bertanggungjawab dalam soal kehakiman di wilayah-wilayah pemerintahan mereka. Mereka telah menindas golongan bawahan di wilayah mereka. Golongan petani telah ditindas dengan dikenakan dengan cukai yang mahal. Ada juga daripada mereka yang tidak mampu membayar cukai ini dan dikenakan hukuman. Golongan petani ini telah menanggung beban hutang yang banyak disebabkan cukai. Penduduk di wilayah-wilayah dikerah untuk melakukan pekerjaan buruh.

Pemerintah juga menggunakan sistem undang-undang yang sedia ada untuk mengawal masyarakat bawahan,mendapatkan ketaatsetiaan rakyat dan untuk mengelak mereka memberontak. Dasar pemerintahan adalah untuk mengekalkan satu masyarat yang statik dan tiada kemajuan.

Sistem pemerintahan Jepun berubah semasa pemerintahan Maharaja Meiji. Maharaja Meiji telah melantik seorang peguam Perancis sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan. Beliau telah menggubal banyak undang-undang yang berkenaan masyarakat dan corak kehidupan masyarkat Jepun. Sebilangan rakyat Jepun telah melakukan penentangan kerana beranggapan perubahan ini telah menggubah amalan tradisi yang diamalkan selama ini.

Kesimpulannya, pemerintahan Jepun dikuasai oleh Shogun Tokugawa. Dasar pemerintahan Shogun Tokugawa mementing individu yang berkuasa dan menindas masyarakat tempatan. Tetapi semua ini berubah semasa pemerintahan Maharaja Meiji, bagindan telah menghapuskan pemusatan kuasa golongan bangsawan dan mewujukan keadilan dalam masyarakat Jepun.

2.Bincangkan sistem perundangan masyarakat di China.

Undang-undang ialah suatu cara menyelesaikan pelbagai konflik dan kekecohan dalam masyarakat. Undang-undang merupakan sistem yang mengawal tindak-tanduk masyarakat. Peraturan boleh dipengaruhi oleh keagamaan dan falsafah. Undang-undang merupakan garis panduan sesebuah negara dan undang-undang digubal oleh golongan pemerintah. Undang-undang negara China diwujudkan untuk kehidupan sosial yang baik dan bukan memberi fokus kepada kepentingan peribadi atau orang perseorangan.

Undang-undang China terbahagi kepada dua bahagian iaitu undang-undang pentadbiran dan undang-undang jenayah. Undang-undang pentadbiran merangkumi sistem pemerintahan kerajaan,keturunan,gelaran,adat istiadat,melindungi istana dan sebagainya. Undang-undang jenayah pula melibatkan jenayah ringan seperti mencuri dan jenayah berat seperti membunuh.

Undang-undang China dilaksanakan dalam dua bahagian. Pertama ialah undang-undang Maharaja atau Dikri Maharaja. Undang-undang digubal untuk menyelesaikan masalah negara dari sudut politik dan ekonomi. Kedua ialah undang-undang yang dikeluarkan oleh pembesar wilayah. Undang-undang ini lebih bersifat tempatan dan dikendalikan oleh pesuruhjaya.

Konsep undang-undang China adalah mengikut “Doktrin Tanggungjawab” secara kumpulan. Doktrin Tanggungjawab ini terbahagi kepada dua iaitu maharaja bertanggungjawab kedua pula ialah tanggungjawab kumpulan. Sekiranya seorang daripada sesuatu kumpulan melakukan kesalahan,maka seluruh ahli kumpulan bertanggungjawab secara kolektif untuk menyerahkan seorang daripada kumpulan itu bagi menerima hukuman.

Undang-undang China juga menekankan prinsip seseorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah sehingga beliau membuktikan kebenarannya. Seorang yang salah akan disiasat dengan kejam bagi pesalah itu membuat pengakuan.

Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan kepada budi bicara pemerintah atau golongan yang diberi kuasa untuk menjalankan hukuman dan tidak ada badan penasihat yang akan memberi nasihat berkenaan jenis-jenis hukuman yang patuh dilaksanakan. Perundangan China juga menegaskan bahawa nyawa dibalas dengan nyawa.

Kesimpulannya, undang-undang di China kejam kerana terdapat hukuman yang dilaksanakan adalah kejam dan menyeksa pesalah. Terdapat peristiwa yang menyebabkan seorang rakyat Itali dijatuhkan hukuman cekik sampai mati kerana beliau dituduh menyebabkan kematian seorang wanita Cina pada tahun 1821.