Thursday, December 15, 2011

Berjalan di Pulau Pinang 15 Disember 2011

Assalamualaikum, rasanya agak lama jugak aku tak post benda baru dalam blog aku. Aku tak post benda baru pasal aku sibuk dengan STPM. STPM dah habis bermakna aku boleh la enjoy balik. No more post berkenaan Sejarah STPM.

Pada 15.12.2011 aku keluar *pi Gorgetown,Penang. Tujuan keluar saja untuk jalan-jalan ja. Aku nak shoot gambar dekat Penang. Macam-macam benda la jadi time aku jalan dekat Penang. Aku keluar rumah pukul 8.30 pagi. Macam besa la kena tunggu bas Rapid Penang dulu. Hampas punya Rapid Penang. Aku tunggu setengah jam kot. Punya la banyak bas rapid tu tapi sebijik pon tak mai. Sampai jeti dalam pukul 9.00, sampai ja terus ada feri. Alhamdulillah.

Masa nak naik feri aku mula bau busuk. Mula tu aku tak heran sangat pasal benda biasa la nak bau benda yang tak menyenangkan bila ramai orang. Lepas tu ramai ja orang lari pi depan. Aku *usyar la belakang. Rupa-rupanya ada uncle tercirit dalam seluar. Adoi!!! Uncle tu pon aku tengok macam gila ja, so aku tak kisah sangat la. Bila semua jalan naik feri uncle tu pon naik feri sekali. Ah sudah!!! Pagi tu Feri Pulau Payar memang bau busuk. Semua penumpang lari dok kat depan. Masa semua orang dok kalut tutup hidung aku terpandang seorang perempuan ni. WOW!!! Mata dia memang cantik. Aku Nampak mata ja pasal dia pakai purdah. Memang cantik gila mata perempuan berpurdah biru tu. Sampai aku terlupa la bau busuk dalam feri tu. Hehehe.
Saja shoot atas feri
Turun ja feri aku pon start jalan. Target aku nak ke Komtar dulu. Aku nak cari lens untuk kamera aku. Kalau ada yang murah memang Alhamdulillah. Dah jadi tabiat bila nak pi Komtar aku suka lalu depan Masjid Kapitan Keling. Area Masjid Kapitan Keling penuh dengan kedai emas. Yang paling popular dekat situ semestinya Habib Jewel.

Masjid Kapitan Keling
 Masa berjalan tu aku terpandang sebuah kedai burger. Nama kedai tu yang menarik perhatian aku. Nama kedai tu “Old Trafford Burger” kot. Kedai tu tutup pelak. Kalau buka nak try jugak burger kat situ. Rasa-rasa la owner dia sokong kelab mana la? Hahaha.
Old Trafford!!!
Fuhhhhh. Sampai jugak komtar. Mula aku dok cari lens. Banyak kedai kat komtar tu. Aku masuk “Click n Snaps” macam-macam lens ada, tapi yang cukup dengan budget aku lens Tamron je la. Aku survey-survey dulu. Nak cari harga yang paling murah dulu. Tuan kedai tu suruh aku test lens 18 – 200 dulu. Memang BEST la. Second kedai yang aku pi ialah “Colors & Colors”. Dulu aku beli kamera aku dekat sini la. Serius kedai ni memang terbaik gila. Tuan kedai tu suggest aku Sigma. Okay jugak aku try. Nanti la aku beli. Kena cek duit dalam bank dulu. Hehehe. Lepas abes exam ni duit aku abes cam tu ja. Pastu aku masuk ICT Penang. Masuk dalam tu lagi sakit hati pasal semua barang mahal. Tak macam dulu. Dulu rasanya banyak barang yang murah. Tak boleh belah sungguh ICT!
Add caption
Lepas keluar Komtar aku saja ja nak pi tengok Penang Times Square ada apa. Jadi aku pon berjalan la pi sana. Tak jauh sangat dalam 5 minit ja dari Komtar. Penang Times Square memang mewah gila. Mewah sampai tak banyak kedai yang buka. Kosong ja dalam tu. Terkejut jugak bila eskelator depa guna sensor. Bila ampa pi berdiri dekat eskelator tu baru dia bergerak. Mewah-mewah. On the way keluar Penang Times Square ternampak kedai ais krim. Saja ja aku nak tengok harga ais krim tu, paling murah pon aku rasa RM 6 lebih. Baik aku pi makan nasi kandar.

Ais krim yang mahal
Perut sudah berkeroncong lagu Dondang Sayang pulak. Dah aku sampai dekat area Komtar rugi la klu aku tak pi pekena Nasi Kandar Line Clear. Aku sampai awai jadi tak payah la nak beratur panjang. Orang pon tak ramai, senang la aku nak cari tempat duduk nak makan. Hampa penah makan dekat Nasi Kandar Line Clear?  Kalau tak penah tak pa. nanti hampa *mai. Angkasawan Malaysia pon pernah sampai dekat situ. Memang hebat la Nasi Kandar Line Clear!!! Kalau hampa tengok gambar dekat bawah ni hampa boleh spot jugak beberapa muka artis yang pernah mai makan dekat situ.

Try tengok artis mana yang hampa kenal?
Perjalanan diteruskan. Berjalan punya berjalan aku sampai dekat Padang Kota Lama atau Espelanade. Aku pi lepak dekat tepi pantai dekat-dekat situ. Kaki pulak sakit. Adoi… Aku ada la tegur seorang brother yang lepak dekat situ. Banyak jugak la benda yang kami sembang. Dia suka travel. Bila tengok facebook n webpage dia tercabar aku untuk wat cam dia. Ni link untuk facebook and webpage travel dia.www.tendtotravel.com dan http://www.facebook.com/pages/Tend-To-Travel/160146167340877 Memang best bila dapat travel cam dia. Satu hari nanti aku nak travel luar negara pulak la. Sebelum tu aku nak pusing satu Malaysia. Hahaha

Masa dok menyembang tu. Ada sorang laki ni mai dekat kami. Mula-mula aku ingat dia gila pasal dok cakap sorang-sorang. Rupanya-rupanya dia dok berpantun. Memang SUPERB gila la pantun dia. Dia tanya aku soalan pastu dari jawapan aku dia akan berpantun. Lepas habis pantun kena la bagi dia sedikit upah. Bagi aku dia bukan peminta sedekah tapi seorang yang mencari makan dengan menjual pantun kepada orang.  Aku rasa kalau bagi dia perkataan apa pon dia boleh berpantun. Orang macam ni kalau hampa lawan pantun, memang confirm hampa kalah pasal dia memang power berpantun dan dia tak lokek dengan senyuman. Sepanjang masa dia senyum. Kalau hampa pi Padang Kota Lama dan terjumpa dia dengar la dulu pantun dia.
Sentiasa senyum dan berpantun


Aku pon bergerak dari Padang Kota Lama. Kaki tengah sakit jadi tak boleh nak jalan sangat. Tak jadi la aku nak masuk Fort Cornwallis, pasal kaki sakit. Aku berjalan sampai ke jeti tak la jauh sangat. Masa aku nak naik feri. Aku terjumpa uncle yang tercirit dalam seluar tu lagi. Dalam hati memang aku dok tanya apa la dosa aku dengan uncle ni. Feri pon sampai, dia pon naik feri tu. Hahahahaha. Selamat la kali ni dia dah tak berbau. Maybe dia dah basuh kot.

At last sampai jugak seberang. Naik bas Rapid 601 yang pi Kepala Batas. Berjalan pon rasa malas pasal kaki sakit. Lupakan je la pasal kaki tu. Overall aku puas hati bila dapat berjalan macam ni. Banyak benda yang dapat aku tengok dan ramai orang yang aku jumpa. Aku dah tinggal kat Penang 19 tahun tapi banyak benda lagi yang aku tak tau pasal Penang. Jadi bila hampa dok dengar orang cakap “Penang ada apa la sangat, tak ada apa sangat haih” hampa cakap dekat depa yang Penang ada macam-macam. Try berjalan macam pelancong asing berjalan, baru la hampa nampak benda yang hampa tak pernah sedar ada dekat Penang. Bukan dekat Penang ja. Tak kira la dekat mana pon. Kalau hampa beranak dekat Melaka,Ipoh atau tempat lain, hampa try keluar berjalan baru la hampa rasa kepelbagaian yang ada dekat Malaysia. Jangan dok kata tak style kalau travel dalam Malaysia.


*pi – pergi, usyar – tengok,mai – dating, hampa – anda/kamu, depa - mereka

Wednesday, June 8, 2011

Jodoh

Aku percaya tentang Jodoh,
Setiap orang mempunyai Jodoh masing-masing,
aku rasa kamu dan dia adalah Jodoh,
kalau tiada kamu mesti tiada dia,
Insyaallah dia adalah Jodoh kamu,
kamu dan dia patut bersyukur dengan Jodoh ini.


kita kena terima kadang-kadang dia adalah bukan Jodoh kita

Monday, May 2, 2011

Bila Sahabat GILA Ku Pulang n Awek Hot dekat Sunday Cafe

Sorry kualiti gambar low pasal guna Webcam je:P


Assalamualaikum,

apa yang best friend korang buat bila depa sampai rumah???
jawapan tipikal : 1-Aku dah balik jom keluar
                          2-Wei lapar la,aku baru sampai ja ni,mak aku tak masak apa,makan jom
                          3-Rindu la tak jumpa ang. Jom jumpa tengok wayang ke?shopping ke
                              (selalunya girl)

Berlainan bagi Muhamad Sufyan B. Radin, dia call telefon rumah aku :
"assalamualaikum,saya Ahmad Idham dari Aim University, Kami menawarkan tawaran sambung belajar ke universiti kami,harap anda berminat."

aku dah berkawan dengan sufyan dari umur 10 tahun. Suara macam budak2 tak penah berubah dari dulu lagi. Nak tipu aku jadi orang tua. HAHAHA

Mujurlah aku tak tertipu dengan makhluk ni tapi ada jugak kawan aku yang percaya BULAT2 dengan tipu helah si sufyan nih. Kesian dekat Idham tuh. Jawapan Idham "Minta maaf cik saya dah sambung belajar"

Nak dijadikan cerita malam tu kami keluar la pergi melepak dekat Sunday Cafe. Mula-mula pergi Subaidah tapi full sangat. Aku dah lama tak sampai Sunday Cafe tak tau la pelak yang ada HOT WAITRESS dekat sini. Muka macam orang Cina tapi cakap Malay fasih. Hurmmmmmm

Hari ini malam kedua aku datang ke Sunday Cafe. Saja ja datang nak lepak2. Tak ada niat lain. HEHEHE

Tuesday, April 26, 2011

Minggu yang FRUST

Bismillah,Assalamualaikum

dah pukul 11.11,kalau dalam cita korea pukul 11.11 ada orang tengah rindu dekat kita.
HAHAHA!!!

tak ada kena mengena langsung. Aku sebenarnya lama dah tak menulis dalam blog aku. Aku asyik dok post kerja sejarah aku je. Tiba-tiba je malam ni rasa nak menekan keyboard. Mata aku tak nk pejam lagi. Sat gi ada match Manchester United tapi lambat lagi. Tepat pukul 3.45 pagi, pasti aku akan terpacak dekat Subaidah mencari tempat yang sesuai untuk menjadi port untuk tengok bola. Minta-minta insan Allah yang selalu datang awal reserve tempat dekat aku. Kalau tak ada kerusi kena la aku berdiri sampai habis match. ADOYAI!! Lenguh wei.

Minggu ni and minggu lepas memang minggu yang menyebabkan aku putus asa. Bosannya,Geramnya,Kecewanya bila dimarah atas kesalahan orang lain, dimaki didepan orang lain disebabkan kebodohan orang lain. Rasa macam nak belah dari tempat tu.

Terus terang aku kadang-kadang tak kuat nak handle masalah yang aku hadapi. Tapi ada yang menyebabkan aku bangkit balik lepas aku tengok video orang Kristian yang masuk Islam. Pasal banyak dugaan yang mereka hadapi berbandingkan dengan masalah aku yang sikit.

Thanks to Youtube. Aku pon tak tau kenapa aku search pasal cerita orang masuk Islam. Moral of the story is, kita kena sedar yang kadang-kadang kita ni terlampau lemah,banyak mengadu,banyak mengeluh tanpa kita sedar ada lagi INSAN ALLAH yang menghadapi lagi hebat dugaan dan cabaran. Insyaalah, kita boleh berubah lepas ni!!!

Tuesday, April 5, 2011

Ciri-ciri perlembagaan Tanah Melayu

Ciri-ciri perlembagaan Tanah Melayu.

Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlanntik. Menurut Piagam Atlantik, British mengakui hak menentukan nasib sendiri kepada mana-mana jajahannya. Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Perang merancang mewujudkan sistem kesatuan (Union) setelah Jepun diusir daripada Tanah Melayu. Kerajaan British bercadang mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946.
Terdapat beberapa ciri-ciri perlembagaan Malayan Union. Ciri utama Malayan Union ialah Malayan Union merupakan entity politik yang menggabungkan Sembilan buah negeri Melayu,Pulau Pinang,dan Melaka. Singapuran dipisahkan daripada unit pentadbiran Negeri-negeri Selat dan kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota British
.
Pusat pentadbiran Malayan Union adalah di Kuala Lumpur. Kerajaan Malayan Union diketuai oleh gabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal pentadbiran Malayan Union. Di peringkat pusat, gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan. Kedua-dua majlis ini akan menjadi penasihat kepada Gabenor. Majlis Mesyuarat Kerja bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan Majlis Undangan berfungsi bagi menggubal undang-undang bagi Malayan Union. Gabenor mempunyai kuasa penuh.

Di peringkat negeri pula, terdapat Majlis Mesyuarat Negeri untuk mentadbir kerajaan pentadbiran tempatan. Kuasa tertinggi dipegang oleh Residen Commisioner, Majlis Mesyuarat Negeri diletakkan di bawah kawalan kerajaan pusat.

Cirri seterusnya, kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan. Raja-raja melayu kekal sebagai “pemerintah atas nama” dengan kuasa mereka terbatas dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Keadaaan ini bermakna raja-raja Melayu tidak mampu untuk melindungi hak dan kepentingan orang Melayu pada masa hadapan.

Perlembagaan Malayan Union memberikan kewarganegaraan kepada semua kaum berdasarkan jus soli. Syarat-syarat kerakyatan amat longgat dalam prinsip jus soli.antara syarat-syarat jus soli ialah sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura selepas penubuhan Malayan Uniom diterima sebagai warganegara Malayan Union, orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermaustin di Malayan Union atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942, sesiapa yang dilahirkan di luar Tanah Melayu atau Singapura tetapi bapanya menjadi warganegara Malayan Union dan Sesiapa yang telah bermastautin lima hingga lapan tahun,mempunyai tingkah laku yang baik, fasih berbasa Inggeris dan Melayu, dan mengaku taat setia kepada Malayan Union. Kewarganegaraan memberi hak yang sama kepada orang bukan Melayu.

Kesimpulannya,cirri-ciri Malayan Union adalah untuk memudah pentadbiran kerajaan British di Tanah Melayu. Pemberiaan kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu ialah untuk menarik minat orang bukan Melayu untuk bekerjasaman dengan pihak British. Kuasa-kuasa Raja Melayu akan dikurangkan dan British akan mendapat memerintah Tanah Melayu dengan mutlak.

Pelaksanaan Malayan Union 1946 telah mendapat tentangan daripada penduduk-penduduk Melayu. Huraikan langkah-langkah dan faktor-faktor penentangan.

Pelaksanaan Malayan Union 1946 telah mendapat tentangan daripada penduduk-penduduk Melayu. 
Huraikan langkah-langkah dan faktor-faktor penentangan.

Malayan Union adalah kesatuan yang ingin diwujudkan oleh kerajaan British untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persedian kepada orang Melayu untuk berkerajaan sendiri. Kerajaan British telah bercadang mengiytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946. Tetapi penubuhan Malayan Union telah mendapat tentangan daripada orang Melayu. Terdapat beberapa 
faktor dan langkah semasa penentangan orang Melayu.

Antara beberapa faktor-faktor yang mendorong penentangan orang Melayu. Pertama ialah kedaulatan dan kuasa sultan terancam. Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran di ambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu. Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik and hak keistimewaan. Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang Melayu.

Faktor kedua ialah pemberian taraf kerakyatan. Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli telah menebalkan sentiment kebencian orang Melayu kepada kaum lain.  Syarat kerakyatan yang longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui kesetiaan orang Cina dan orang India. Jika orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu ini menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik orang Melayu akan tergugat. Keadaan ini amat berbahaya untuk kedudukan politik,ekonomi, dan masa hadapan orang Melayu.

Faktor yang ketiga ialah cara Mac Michael medapatkan tandatangan sultan. Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan sultan Melayu dengan paksaan. Beliau mengugut akan melucutkan jawatan sultan kerana telah bersubahat dengan Jepun. Mac Michael tidak member masa dan peluang kepada sultan-sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing. Orang Melayu marah kerana Mac Michael tidak menerangkan kepada sultan-sultan tentang syarat-syarat gagasan Malayan Union secara terperinci sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut. Pemimpin-pemimpin pula marah dan berasa terhina dengan keangkuhan British yang tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu. Mereka menganggap tindakan British sebagai tidak berpelembagaan dan tidak demokratik.

Penentangan telah dilakukan oleh orang Melayu. Penentangan telah dilakukan melalui akhbar oleh pemimpin-pemimpin untuk menyeru bangsa Melayu untuk menubuhkan Barisan Bersatu menentang Malayan Union. Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara dan Utusan Melayu telah memuatkan rencana yang mengingatkan orang Melayu tentang bahaya Malayan Union. Desakan akhbar telah menyebabkan pemimpin pertubuhan bersatu padu dan menyuarakan tentangan terhadap Malayan Union.

Penentangan juga dilakukan dengan tunjuk perasaan. Antara tunjuk perasaan yang telah diadakan ialah pada 15 Disember 1945, satu demontrasi telah diadakan oleh Persatuan Melayu Kelantan semasa kedatangan Mac Michael tiba di istina Sultan Kelanta. Pada 19 Januari, Persatuan Melayu Kedah mengadakan demonstrasi di Alor Setar dan disertai kira-kira 50 000 orang. Pada 1 Februari 1946, Persatuan Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan di Kota Bharu. Pada 10 Februari 1946,satu lagi tunjuk perasaan disertai oleh 15 000 orang Melayu termasuk wanita diadakan di Johor.

Dato’ Onn b. Ja’afar dan Persatuan Melayu Selangor telah berusaha mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar dan beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah, orang Melayu mesti bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu,ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan Malayan Union dan Kongres sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang Malayan Union. Akhir sekali, Kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Unuion dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941.

Berlaku juga penentangan daripada bekas-bekas pegawai-pegawai British seperti Frank Swettenham,George Maxwell,Ronald Bradell,Cecil Clementi dan R.O. Winstedt. Mereka bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila Malayan Union dilaksanakan. Mereka telah menulis dalam akhbar Times menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Malayan Union yang tidak sesuai untuk Tanah Melayu.

Secara keseluruhannya, sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union adalah kerana takut kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu akan lenyap. Oleh  itu, berlakunya penentangan daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin membela nasib orang Melayu. Banyak persatuan-persatuan berjuang bersama. Akhirnya, Malayan Union tidak dilaksanakan dan kerajaan British telah memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan empayar-empayar di Alam Melayu

Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan empayar-empayar di Alam Melayu.

Pengenalan :
Penjelasan konsep empayar.
Empayar Sri Vijaya muncul pada abad ke – 7 hingga 13 masihi berpusat di Palembang , Sumatera.
Empayar Majapahit  berkuasa lebih 200 tahun dari abad ke-13 hingga 14 masihi.
Kebangkitannya selepas kejatuhan Singasari dan kemerosotan Sri Vijaya sebelumnya.
Kerajaan Melaka diasaskan oleh Paremeswara pada abad ke 15 dan menjadi satu empayar yang terunggul di rantau ini semasa Tun Perak menjadi bendaharanya.

Isi :
·         Kekuatan tentera yang terdiri daripada orang laut dalam tentera Sri Vijya dan Melaka. Keadaan ini membolehkan kerajaan-kerajaan ini meluaskan pengaruh dan wilayah meraka.
·         Kedudukan yang strategik iaitu terletak di kawasan pertemuan Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Sunda menyebabkannya menjadi pelabuhan persinggahan bagi pedagang-pedagang dari India, China dan Arab.
·         Peranan dan kebijaksanaan pemerintah seperti Paremeswara, Hayam Wuruk ( Sri Vijaya ) dan Dapunta Hiam ( Sri Vijaya )
·         Perlindungan daripada Negara China yang merupakan kuasa yang terkuat ketika itu  telah menjamin keselamatan Sri Vijaya dan Melaka daripada ancaman musuh. Ini juga telah memantapkan ekonomi negara-negara tersebut.
·         Dasar perluasan kuasa yang diamalkan oleh Negara-negara ini juga  telah menguntungkan kerana membolehkannya memungut cukai dan menerima ufti daripada tanah jajahan.
·         Sri Vijaya juga dapat mengawal aliran keluar hasil-hasil ekonomi dari kawasan tanah jajahannya. Ini bermakna Sri Vijaya dapat mengawal politik dan ekonomi kawasan tanah jajahannya.
·         Kerajaan-kerajaan ini mempunyai pembesar-pembesar yang berkaliber seperti Patih Gajahmada di Majapahit dan Tun Perak di Melaka turut membantu dalam perluasan kuasa.
·         Kerajaan-kerajaan ini juga menjadi pusat penyebaran agama seperti Sri Vijaya untuk agama Buddha dan Melaka untuk agama Islam.

Kesimpulan :
Kemunculan empayar-empayar ini adalah kerana kejatuhan empayar-empayar yang  lain pada masa itu.
Namun setiap empayar telah menyumbangkan kepada pembangunan Negara dan bangsanya.

Huraikan faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.

Huraikan faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.

Pengenalan :
Sebelum kewujudan tamadun, manusia memburu binatang dan memungut hasil tanaman yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah apabila manusia mengetahui cara-cara bercucuk tanam dan menternak binatang. Melalui pengetahuan itu, perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan manusia. Sungguhpun perubahan itu berlaku secara beransur-ansur di tempat-tempat tertentu pada masa yang berbeza-beza, ia sebenarnya telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam sejarah kehidupan manusia dengan zaman sebelumnya.

Konsep Tamadun.
Lokasi tamadun awal, Tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho.
Bermulanya pembentukan tamadun awal manusia.

Isi :
Faktor Kemunculan Tamadun :
Petempatan Kekal :Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal. Wujud masyarakat bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana kini mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi.

Eksploitasi Sumber Alam/Kepentingan Sungai :Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan Hwang Ho.

Kemajuan Teknologi :Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain daripada itu, manusia juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.

Penciptaan Roda :Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah meningkatkan daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barang yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.

Sistem Tulisan :Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran dan perdagangan. Sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia, tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir dan tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho.

Organisasi Sosial : Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun. Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang yang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

Pengkhususan Kerja :Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat.

Agama dan Kepercayaan : Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Ia membantu manusia akur dengan hukum-hukum alam. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian. Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.

 Perbandaran:

Migrasi ( Penghijrahan ):

 Kemajuan ekonomi:

Geografi:

Kesimpulan  :Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi. Faktor-faktor kemunculan tamadun itu saling berkaitan dan saling melengkapi. Melaluinya lahirlah tamadun-tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Hwang Ho.

Bandingkan sistem pemerintahan pusat dan wilayah di China dan Mesir

Bandingkan sistem pemerintahan pusat dan wilayah di China dan Mesir

Pengenalan :
Konsep pentadbiran pusat dan wilayah.
Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kedaulatan sesuatu kerajaan.
Pentadnbiran pusat yang dapat mengawal rakyat dan pembesarnya dapat mewujudkan.
kelancaran pentadbiran di seluruh wilayahnya.

 Isi :
Pentadbiran Pusat dan Wilayah di China :
Pemerintahan dinasti Chou :Mengmalkan sistem feudal. Raja mempunyai kuasa mutlak. Sementara pentadbiran di wilayah-wilayah diberikan kepada golongan bangsawan dan putera-putera raja tetapi pemusatan kuasa ini adalah longggar.
Di setiap wilayah dan daerah diwujudkan sistem birokrasi dengan menubuhkan jabatan-jabatan tertentu.
Pemerintahan Dinasti Chin :Shi Huang Ti menjalankan sistem pemerintahan berpusat di ibu kota Siang Yang. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah maharaja.Kuasa dan pengaruh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai feudal wilayah dan daerah dihapuskan.
Beliau memperkenalkan ‘Scholar Sistem’ iaitu perlantikan sekumpulan kakitangan awam yang terlatih untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhimat dengan beliau.
Penasihat utama maharaja ialah Canselor.
Shih Huang Ti membahagikan empayarnya kepada 36 buah wilayah dan kemudiannya menjadi 42.
Seorang gabenor awam dan gabenor tentera dilantik di setiap wilayah. Mereka dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja
Pemerintahan Dinasti Han :Di bawah maharaja Wu Ti, sistem pemusatan kuasa dan kerajaan pusat menjadi lebih kukuh berbanding dengan pemerintahan Shih Huang Ti.
Walau bagaimanapun pemimpin-pemimpin wialayah tidak diberikan kuasa yang terlalu banyak dan mereka tidaka dibenarkan memiliki kuasa dan kekayaaan yang banyak supaya pentadbiran pusat teguh dan tidak dicabar.
Pentadbiran peringkat wilayah turut diawasi oleh kerajaan pusat termasuk soal-soal perlantikan dan pertukaran pegawai-pegawai kerajaan.
Pegawai pentadbir utama di peringkat wilayah ialah wizurai, gabenor general, gabenor dan bendahari.
Unit pentadbiran yang lebih kecil diketuai oleh Tao Tai iaitu ketua daerah dan mejestret.

Bincangkan faktor- faktor yang mencetuskan Perang Salib

Bincangkan faktor- faktor yang mencetuskan Perang Salib

Pendahuluan ( 3 markah )
1. Perang Salib merupakan siri peperangan di antara pihak Islam dengan pihak Kristian. Ia juga merupakan kemuncak ketegangan perhubungan di antara Islam dan Kristian iaitu semenjak pihak Islam berjaya meluaskan kekuasaannya di Barat, Afrika dan setelah berjaya menumbangkan kerajaan Byzantine.
2. Dinamakan Perang Salib kerana tentera Kristian memakai pakaian tentera bertanda salib.
3. Motif peperangan – keagamaan dan sekular. Peperangan berpunca dari keinginan pihak Kristian untuk menguasai Baitul-Muqadis.
4. Peperangan mula meletus apabila Paus menyeru supaya penganut2 Kristian bersatu lagi menundukkan Islam serta menguasai semula wilayah2 yang telah dikuasai Islam terutamanya Baitul-Muqaddis, kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi.
5. Peperangan berlarutan selama hampir dua abad iaitu dari 1095 – 1291M dan berlaku dalam tujuh peringkat.
6. Negeri-negeri terlibat : Mesir, Iraq, Syria, Afrika Utara, Sepanyol dan Hijaz.
7. Tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam perang Salib seperti Raja Richard, Raja Philips Augustus, Raja Federick Babarosa dan Sultan Salahuddin al-Ayubi.

Isi
1. Agama
i. Perebutan kota Jerusalem ( Baitulmaqdis )
i. Berada di tangan orang Islam sejak zaman Khalifah Umar…..Kota suci mereka
ii. Juga merupakan kota suci orang Kristian
iii. Berlaku perebutan antara orang Kristian dan Islam
ii. Layanan buruk orang Turki Saljuk
i. Orang Turki yang menguasai Baitulmaqdis memberi layanan buruk kepada penganut Kristian
ii. Menimbulkan kemarahan orang- orang Kristian
iii. Keruntuhan gereja
i. Keruntuhan- keruntuhan gereja Holy Sepulchre pada zaman pemerintahan Al- Hakim ( Kerajaan Fatimiyah Mesir)
iv. Halangan jalan
i. Keluarga Saljuk telah menutup jalan menghalang orang- orang Kristian
daripada mengerjakan ibadat di Baitulmaqdis
v. Penyatuan orang- orang Kristian
i. Perang Salib menyatupadukan orang- orang Kristian yang berpecah- belah antara mazhab gereja Rom dan gereja Yunani
vi. Sikap fanatik agama Kristian
i. Kebangkitan kuasa Islam di Timur Tengah membimbangkan orang- orang Kristian
ii. Kesedaran Perang Kristian terhadap mempertahankan dan menegakkan kekuatan orang Kristian di dunia ….. membawa kepada tercetusnya Perang Salib
vii. Keinginan memasuki syurga
i. Pemimpin gereja mengisytiharkan bahawa yang ambil bahagian dalam Perang Salib akan mati suci dan masuk syurga
ii. Semua cukai yang harus dibayar akan terhapus
iii. Ramai hamba menyertai Perang menganggapnya sebagai jalan penyelesaian kebebasan mereka

2. Politik
a. Pergolakan politik di Eropah
i. Persengketaan sesama Negara kota dan kehidupan masyarakat yang tertekan pada zaman feudal menyebabkan golongan atasan dan rakyat mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan.
b. Kebimbangan kedudukan anak- anak raja
i. anak- anak raja mengambil bahagian dalam perang ini dengan harapan
menjadi raja atau pemerintah bagi wilayah- wilayah Islam yang mereka
takluki
c. Krisis politik Islam
i. Berlaku perpecahan dan krisis politik dalam kalangan masyarakat Islam
ii. Kerajaan Abbasiyah berada dalam keadaan lemah
iii. Negara- Negara Islam spt Syria dan Asia Kecil juga tidak bersatu- padu
iv. Kerajaan Fatimiyah mengalami kemerosotan pada abad ke 11M
v. Kemunculan pelbagai mazhab telah menjejaskan perpaduan umat Islam

3. Ekonomi
a. Keinginan menguasai perdagangan di Mediterranean
i. Penaklukan dan penguasaan Islam di kawasan – kawasan sekitar Mediterranean telah mengancam ekonomi pedagang- padagang Eropah
ii. Beberapa pelabuhan utama seperti Genoa dan Venice telah dikuasai oleh orang- orang Islam ( Saljuk )
iii. Mesir di bawah penaklukan orang Islam Fatimiyah
b. Keinginan pemindahan sumber ekonomi
i. Orang Eropah ingin memindahkan kegiatan dan sumber ekonomi Negara- negara Islam ke Eropah
ii. Orang Eropah ingin meruntuhkan dan memonopoli perdagangan Negara- negara Islam

Kesimpulan:
Perang Salib disebabkan oleh faktor politik, ekonomi dan sosial telah memberikan impak yang mendalam. Orang – orang Eropah telah membuka mata dan ingin datang ke negeri – negeri sebelah timur. Kerajaan – kerajaan Islam telah dapat bersatu padu dan bantu membantu. Orang Islam bekerja keras untuk membangun semula di bawah runtuhan Perang Salib.

Faktor-faktor perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Pengenalan

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia.

Faktor-faktor membawa kepada perjanjian

1.         Persaingan perdagangan di Timur
Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan. Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara.
Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara; manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini.
Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain.
Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota yang baru dan diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada tahun 1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum bunuh kerana ditubuh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah Belanda di Ambon.
Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan pihak British hampir menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu di selatan pantai barat Sumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur. Kegiatan perdagangan mereka kemudian bertumpu di India.

2. Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah
Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi “pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara Negeri Belanda dengan British adalah berdekatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi pada tahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British.
Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan Btitish. Oleh itu, pihak British benar-benar mengharapkan bantuan dan persahabatan dari Belanda untuk menentang musuh. Malahan, British terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan tenteranya supaya negeri itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan bahawa British berharap agar Belanda menjadi barisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan.
British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mulai terancam. Ini disebabkan perhubungannya dengan negara-negara Barat yang lain telah pudar. Selepas Perang Napoleon (1795-1815), British terpencil dari rakan-rakan sekutunya yang pada satu ketika dahulu sama-sama menentang Napoleon. Prusia, Austria dan Rusia mulai mengasingkan diri dari England kerana perbezaan idea dan juga disebabkan perbezaan mazhab agama. Oleh itu, British mengharapkan Belanda dapat menjadi penyokongnnya di Eropah.
Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda yang diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795. Kerajaan British berbuat demikian sungguhpun mendapat tentangan hebat daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah pelabuhan perdagangan yang berpotensi.

3. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura
Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI di rantau ini kerana kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selain itu, Bengkahulu juga kurang strategik memandangkan kedudukannya di pantai barat Sumatera terpisah daripada laluan perdagangan di Selat Melaka.
Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun 1819.
Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah wilayah di bawah naungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura. Dengan itu, masalah ini telah menimbulkan perang dingin antara British dan Belanda.
Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellan kepada Gabenor Jeneral India, iaitu Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati “peperangan kertas” di antara mereka antara tahun 1819 hingga 1824.

4.Kemajuan Singapura
Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura dikekalkan.
Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdagangan pelabuhan-pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami kemerosotan. Untuk mengelakkan pertempuran yang terbuka, pihak British mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda.

5.Masalah kewangan Belanda
Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh Britain. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British.
Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British adalah sebanyak £144 juta.
Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah hutang piutang ini, Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku.

Kesimpulan:

Sorry wei aku tak kesimpulan. Tapi cikgu aku cakap tulis apa yang jadi lepas kejadian ni ja.

Faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk di tanah Melayu

Faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk di tanah Melayu

Pengenalan:

1. Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai budaya,agama ,bahasa dan adapt resam yang tersendiri.
2. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan.
3. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi.
4. Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu.
5. Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India.

ISI:
1. Dasar British.
British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan sector perladangan dan perlombongan . Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

2. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan Kemasukan buruh dari china dan India.Keadaan ekonomi dan politik yang tidak tenteram seperti berlaku Pemberontakan Taiping dan pemberontakan Boxer yang menyebabkan ribuan Nyawa terkorban. Keadaan ekonomi yang buruk seperti pertambahan Penduduk yang pesat , kekurangan makanan, bencana alam seperti banjir,Kemarau dan gempa bumi yang sering berlaku memusnahkan banyak nyawa Dan harta benda telah menjadi factor penolak untuk berhijrah ke Tanah Melayu.Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah menarik Minat orang Cina ke Negara ini.Penghijrahan kaum India pula adalah disebabkan masalah ekonomi dan social.Seperrti pertambahan penduduk yang pesat dan tidak seimbang dengan Keluasan tanah pertanian , bencana alam seperti banjir, kemarau , kebuluran.Yang kerap berlaku dan merebaknya wabak penyakit telah mendorong Mereka berhijrah ke Negara ini.Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi Perindustrian, permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini.Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong , orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani.

3. Kawasan penempatan yang berbeza seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping , Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu. Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.

4. Agama – Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut. Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Budha.

5. Pendidikan/persekolahan – Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah . Buku –buku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

6. Sosio budaya – Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.

Kesimpulan:

Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan mengubah system social di Tanah Melayu yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara yang sama tetapi masih mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.

Bincangkan kesan-kesan darurat di Tanah Melayu.

Bincangkan kesan-kesan darurat di Tanah Melayu.

Undang-undang darurat dilaksanakan pada 7 Julai 1948 di Tanah Melayu. Di bawah undang-undang darurat , kerajaan British berkuasa untuk mengharamkan parti-parti berhaluan kiri,membuang negeri sesiapa sahaja yang mengancam keselamatan negeri, menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang bersubahat dengan komunis,membawa senjata secar haram,mengancam orang ramai dan membantu komunis. Sepanjang tempoh darurat Tanah Melayu telah menyebabkan pelbagai kesan dari aspek ekonomi,politik dan sosial.

Antara kesan darurat kepada ekonomi di Tanah Melayu ialah rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi disebabkan undang-undang darurat. Kerajaan British tidak kisah dengan ekonomi Tanah Melayu kerana menumpukan usaha membanteras pengganas komunis. Dibawah rancangan Briggs, kerajaan British telah menghabiskan $7juta untuk orang Cina yang tinggal di Kampung Baru. British membelanjakan $155 juta pada tahun 1954 atas tujuan yang sama. Peruntukan ini menjadi beban kepada pihak British kerana ekonomi Tanah Melayu selapas Perang Duni Kedua berada dalam keadaan muflis.

Darurat telah menyebabkan urusan perdagangan Tanah Melayu tergendala perintah berkurung yang dikuatkuasakan. Keadaan politik Tanah Melayu ang bergolak menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur modal di Tanah Melayu.

Kerajaan British juga terpaksa membelanjakan banyak wang untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang telah dimusnahkan oleh pihak komunis. Tindakan pengganas yang telah mensabotaj landasan kereta api,jalan raya,lombong bijih timah dan menetak beribu-ribu batang pokok getah menyebabkan British tidak mampu memulihkan ekonomi di Tanah Melayu. Bukan itu sahaja, British terpaksa memulihkan pembanggunan yang musnah semasa Perang Dunia Kedua.

Antara kesan politik ialah menyebabkan aktiviti politik di Tanah Melayu tergendala terutamanya parti politik berhaluan kiri. Parti ini diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap dan dipenjara. Terdapat juga parti politik yang terpaksa dibubarkan akibat tekanan kerajaan British.

Kerajaan British telah membuat keputusan untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana British mendapati rakyat tempatan semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British.
Pada tahun 1949, pemimpin Cina telah menubuhkan persatuan Cina Tanah Melayu. Tujuan utama mereka ialah membuktikan bukan semua orang Cina menyokong PKM.

Kesan dari aspek sosial pula ialah menyebabkan rakyat hidup dalam menderita akibat keganasan komunis dan aktiviti British untuk membanteras kegiatan tersebut.  Pelaksaan perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan aktiviti harian mereka.  Selain itu, catuan makanan yang dikenakan menyebabkan rakyat terpaksa memakan ubi kayu dan keledek. Catuan makanan telah menyebabkan banyak rakyat menderita kekurangan makanan.

Masalah perkauman antara Cina dan Melayu menjadi serius. Orang Melayu memandang orang Cina Sebagai Komunis. Akibat ketegangan yang memuncak Malcolm Macdonald telah mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.

British juga melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada orang Cina. Dengan cara ini British dapat memikat hati orang Cina untuk menentang komunis dan berkejasama dengan kerajaan British.

Dasar pendidikan di Tanah Melayu telah digubal untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India . sukatan pelajaran mestilah berteraskan hal ehwal Tanah Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar . Kanak-kanak dididik dengan ilmu pengetahuan yang boleh memupuk perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air.

Kesimpulannya, darurat telah member banyak kesan negatif kepada aspek ekonomi,sosial dan politik di Tanah Melayu. Kerajaan British tidak menghiraukan apa yang berlaku kerana menumpukan perhatian dalam membanteras komunis. Darurat telah berlarutan selama 12 tahun dari tarikh 7 Julai 1948 sehingga  31 Julai 1960. Namun begitu, darurat telah mempercepatkan proses kemerdekaan di Tanah Melayu.

Huraikan faktor-faktor yang menggalakkan penjelajahan dan penerokaan orang Barat/Eropah pada kurun ke 13 hingga 15 Masihi.

Huraikan faktor-faktor yang menggalakkan penjelajahan dan penerokaan orang Barat/Eropah pada kurun ke 13 hingga 15 Masihi.

Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi.Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom.Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel). Terdapat beberapa faktor yang menggalakkan penjelajahan dan penerokaan orang barat/Eropah.         

Faktor pertama ialah Peranan pemerintah.Pada zaman Yunani orang Phonesia melakukan ekspedisi mengelilingi Benua Afrika dengan bantuan raja Mesir iaitu Firaun Necho.Iskandar Zulkarnain telah memimpin ekspedisi ketenteraan dari Macedonia dan Mesir di barat hingga Hindu Kush dan Punjab di Timur. Beliau juga menaja ekspedisi-ekspedisi yang disertai oleh pakar dan penulis untuk merekod sumber-sumber asli di kawasan takluknya.Dorongan daripada pemerintah seperti Putera Hendry dan Raja John III dari Portugal dan Sepanyol membawa kepada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi pelayaran serta penubuhan Akademi Laut.Raja-raja negara bangsa juga memberi galakan kepada masyarakatnya untuk menjelajah dan meneroka. Tujuannya adalah untuk mengumpul kekayaan.Para pemerintahan juga memberi hadiah yang lumayan dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka.

Faktor kedua ialah menginginkan Maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar.Orang Yunani melancarkan ekspedisi untuk meninjau keadaan persekitaran dan keadaan geografi sesuatu kawasan. Contohnya orang Phonesia telah melancarkan ekspedisi belayar mengelilingi pantai Afrika dengan tujuan mengetahui keluasan kerajaan Mesir.Sumber maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar diperoleh daripada orang Islam Arab pada zaman pertengahan awal.Catatan Marco Polo mengembara ke China dalam buku “ The Travels of Marco Polo ” dan perkhidmatan rahib John Monte Carvino di India, Parsi dan China telah mendorong penjelajahan orang-orang Eropah. Maklumat yang diperoleh tentang India dan China telah menarik minat para penjelajah seperti Chistopher Colombus.

Faktor ketiga ialah ingin menyebarkan agama Kristian.Golongan paderi Kristian dan raja-raja Eropah bercita-cita untuk mengembangkan agama kristian di dunia luar.Para mubaligh kristian dengan para saudagar ingin meneroka ke tempat-tempat baru iaitu Amerika, Asia dan Afrika. Contohnya Portugal menakluki kerajaan Melayu Melaka dan salah satu faktornya ialah menyebarkan agama Kristian.Selain dari itu orang-orang Sepanyol dan Portugal ingin merampas balik tanah mereka daripada penguasaan orang Islam.

Faktor seterusnya berlaku perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme.Sistem ekonomi Kapitalisme mengalakkan kegiatan mengumpul modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.Perkembangan ini telah mendorong kemunculan dasar ekonomi Merkantilisme di negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan.Bagi mencapai matlamat tersebut raja-raja negara bangsa mengalakkan penjelajahan dan penerokaan.

Faktor kelima ialah berlakunya kemajuan dalam teknologi pelayaran.Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.Alat-alat seperti kompas magnetik dan astrolab dicipta untuk memudahkan pelayaran. Kompas digunakan untuk menentukan arah dan astrolab digunakan untuk menentukan longitude.Masyarakat Eropah mempunyai peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 masihi yang memudahkan lagi aktiviti pelayaran mereka.Dengan bantuan alat-alat pelayaran, kapal-kapal yang kukuh dapat dibina untuk belajar ke lautan yang luas.

Faktor seterusnya berlaku persaingan negara-negara bangsa.Negara-negara bangsa seperti Sepanyol, Perancis dan Portugal bersaing untuk meneroka kawasan-kawasan yang baru di benua Asia, Afrika dan Amerika.Tujuan mereka adalah untuk memperoleh bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.Semakin luas kawasan yang terokai semakin tinggi sanjungan yang diberi di kalangan negara-negara Eropah.

Pengaruh Renaisance juga merupakan faktor berlakunya penjelajahan dan penerokaan.Pada zaman Renaisance, cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah telah berubah. Mereka lebih mempraktikkan ciri-ciri Individualisme, Humanisme, Sekularisme, sifat kritikal dan rasioanalisme.Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah pada zaman ini.Keadaan ini telah mendorong kebebasan pemikiran manusia dan mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi yang mengalakkan masyarakat Eropah menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru.

Faktor seterunya ialah memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam. Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi.Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.

Faktor terakhir ialah Perang Salib. Perang Salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar.Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur. Mereka mahu menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar Arab.

Jelaslah bahawa faktor-faktor yang dibincangkan telah mendorong penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa besar di Eropah.Akibat daripada penerokaan kawasan-kawasan baru telah meninggalkan kesan kepada penduduk tempatan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang luas,mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan.

Saturday, April 2, 2011

Minta Maaf Atas Typing Error

Assalamualaikum,

Entry ni khas kepada insan-insan yang masuk ke dalam blog aku untuk "copy paste" keja sejarah aku. Mula-mula aku nak minta maaf la kalau ada typing error dalam keja yang aku karang. Biasa la aku time menulis kadang2 dok khayal ja. So apa yang aku tulis pon aku tak tau. Hahaha

Sumber sejarah aku datang dari blog orang lain,laman internet yg tak dikenal pasti dan buku sejarah yang menjadi milik aku selama ini.

Bagi aku ilmu patut dikongsi,ilmu yang dikongsi pasti Allah akan balas balik dengan balasan yang kita tak tahu.

The More You Give, The More You Get

Huraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak British bagi membanteras komunis di Tanah Melayu

Huraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak British bagi membanteras komunis di Tanah Melayu.

Komunisme ialah ideology yang dikemukan oleh Karl Marx. Komunisme beerti fahaman menentang golongan pemerintah yang tradisional,feudalis, dan imperialis dengan cara kekerasan untuk menggulingkan mereka. pemerintahan komunis bersifat ideology sosialis. Ideology komunis mula berkembang di Tanah Melayu setelah pembentukan Parti Kuomitang. Ideology komunis berkembang di Tanah Melayu bermula pada tahun 1920an. Akibat terdapat parti komunis di Tanah Melayu ini menyebabkan British mahu membanteras mereka.

British melaksanakan dua langkah dalam membanteras Komunis iaitu langkah ketenteraan dan langkah bukan ketenteraan. Terdapat beberapa langkah ketenteraan yang diambil oleh pihak British untuk membanteras komunis di Tanah Melayu. Antaranya ialah menguatkuasakan undang-undang darurat di Tanah Melayu. Kerajaan Berkuasa penuh dalam pentadbiran dan menggunakan pentadbiran tentera. Kerajaan British telah mengharamkan parti-parti politik berhaluan kiri,menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis,membuang negeri sesiapa yang dianggap mengancam keamanan negeri dan menjatuhkan hukuman bunuh kepada siapa yang dianggap bersubahat dengan komunis. Pihak British juga menjalankan perintah berkurung di kawasan komunis yang aktif.

Langkah kedua adalah dengan memperkukuhkan bidang ketenteraan. British telah menambah jumlah tentera dan Pasukan Pengawal Kampung (Home Guard) ditubuhkan untuk mengawal keselamatan kampung. British telah mendapat bantuan daripada negara-negara Komanwel. Kerajaan British telah menubuhkan pasukan polis khas untuk mengawal ladang getah dan lombong bijih timah agar tidak dimusnahkan oleh PKM. Perkhidmatan Negara ditubuhkan pada tahun 1952 untuk mewajibkan belia mendapat latihan ketenteraan dan berkhidmat dalam tentera.

Langkah ketenteraan seterusnya ialah memperkenalkan konsep kawasan ‘hitam’ dan kawasan ‘putih’. Kawasan hitam ialah kawasan yang mempunyai pengaruh komunis yang aktif. Di kawasan hitam tentera akan mengawal makanan dan gerak geri penduduknya. Apabila anasir komunis dihapuskan barulah kawasan ini akan menjadi kawasan putih.

Langkah bukan ketenteraan ialah dengan mengadakan sekatan jalan raya dan kawalan kampung. Pasukan polis dan Home Guard telah mengadakan sekatan jalan raya di tempat-tempat strategic seperti simpang-simpang jalan. Mereka akan memeriksa barang semasa sekatan dan merampas barang yang diharamkan dan makanan yang melebihi had yang ditetapkan. Sekatan jalan juga dapat menyekat komunis untuk mendapatkan bekalan makanan,maklumat,dab sabotaj terhadap British.

British juga telah mewajibkan penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun keatas supaya membuat kad pengenalan diri. Pelaksanaan sistem kad pengenalan telah memudahkan pasukan keselamatan mengenal pasti antara komunis dan bukan komunis.

 Sir Harold  Briggs telah mengadakan satu sistem. sistem ini adalah membentuk perkampungan baru yang disediakan khas dengan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan sosial. Mereka dibenarkan keluar dari kampung mengikut masa yang ditetapkan oleh kerajaan. Rancangan ini adalah usaha kerajaan untuk menyususn semula penempatan penduduk yang bertaburan dan disatukan di kawasan seperti di pekan ,Bandar dan kawasan yang hampir dengan pusat pentadbiran. Langkah ini membolehkan pihak kerajaan menghalang mereka daripada berhubungan dengan ejen,penyokong atu pengganas komunis untuk mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya. Perkampungan ini dikenakan dengan kawalan yang ketat dengan membina pagar-pagar kawat berduri. Perkampungan yang dimaksudkan ialah Kampung Baru. Sehingga tahun 1952, kira-kira 480 Kampung Baru telah wujud dan kebanyakannya di Perak dan Johor.

British telah mengadakan catuan makanan untuk mengelak pihak komunis mendapat makanan. Para pekedai diarahkan mencatat nama pelanggan dan kuantiti yang dibeli. Orang ramai pula diberikan kupon. Mereka diarahkan mengambil makanan mengikut jumlah ahli keluarga sahaja. Tujuannya adalah untuk memastikan barang-barang makanan dan keperluan tidak sampai ke tangan musuh. Dengan cara ini, komunis dapat dipaksa keluar daripada tempat persembunyian mereka.

Pihak British telah menubuhkan kerjasama antara kaum. Oleh itu, pada 10 Januari 1949,Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum ditubuhkan. Matlamat utama jawatankuasa ini ialah untuk membentuk kerjasama antara kaum terutamanya orang Cina dan Melayu. Syak wasangka antara kaum akan menyebabkan api perkauman bersemarak yang kemudiannya akan merosakkan keamanan negara dan menggagalkan usaha kerajaan British membanteras kegiatan komunis.

Langkah seterusnya ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Perang. Jawatankuasa ini diwujudkan diperingkat persekutuan,negeri dan daerah. Jawatankuasa Kerja Perang berperanan untuk membincangkan dan membuat ketepatan terhadap semua hal ang berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan di Tanah Melayu dan mewujudkan kerjasama dengan pentadbir-pentadbir negeri,daerah dan kampung untuk bersama-sama berusaha membanteras kegiatan komunis.

Langkah terakhir yang diambil oleh pihak British adalah dengan melaksanakan perang psikologi untuk menawan hati dan fikiran rakyat Tanah Melayu menyokong kerajaan dan meninggalkan perjuangan komunis. Antara usaha British melalui perang psikologi adalah dengan melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan kepada orang Cina dan India, kerajaan British menawarkan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang member maklumat tentang komunis, British telah mengumumkan akan memberi taraf berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu dan akhir sekali ialah kerajaan British akan mengampunkan dan member jaminan keselamatan hidup kepada pengganas yang mahu menyerah diri. Selain itu, British menggugurkan risalah-risalah di dalam hutan menyeru komunis untuk menyerah kalah.

Kesimpulannya, pelbagai langkah telah diambil oleh British untuk menghapus komunis di Tanah Melayu. Akibatnya berlaku darurat di Tanah Melayu. Darurat telah memakan tempoh yang lama kerana kebanyakkan komunis tidak mahu menyerah kalah. Seterusnya membawa banyak kesan buruk kepada penduduk di Tanah Melayu dari aspek politik,ekonomi dan sosial. Akibat langkah-langkah yang dijalankan oleh British menyebabkan Chin Peng menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk berunding kerana tertekan dengan sekatan yang dijalankan oleh British.