Tuesday, April 26, 2011

Minggu yang FRUST

Bismillah,Assalamualaikum

dah pukul 11.11,kalau dalam cita korea pukul 11.11 ada orang tengah rindu dekat kita.
HAHAHA!!!

tak ada kena mengena langsung. Aku sebenarnya lama dah tak menulis dalam blog aku. Aku asyik dok post kerja sejarah aku je. Tiba-tiba je malam ni rasa nak menekan keyboard. Mata aku tak nk pejam lagi. Sat gi ada match Manchester United tapi lambat lagi. Tepat pukul 3.45 pagi, pasti aku akan terpacak dekat Subaidah mencari tempat yang sesuai untuk menjadi port untuk tengok bola. Minta-minta insan Allah yang selalu datang awal reserve tempat dekat aku. Kalau tak ada kerusi kena la aku berdiri sampai habis match. ADOYAI!! Lenguh wei.

Minggu ni and minggu lepas memang minggu yang menyebabkan aku putus asa. Bosannya,Geramnya,Kecewanya bila dimarah atas kesalahan orang lain, dimaki didepan orang lain disebabkan kebodohan orang lain. Rasa macam nak belah dari tempat tu.

Terus terang aku kadang-kadang tak kuat nak handle masalah yang aku hadapi. Tapi ada yang menyebabkan aku bangkit balik lepas aku tengok video orang Kristian yang masuk Islam. Pasal banyak dugaan yang mereka hadapi berbandingkan dengan masalah aku yang sikit.

Thanks to Youtube. Aku pon tak tau kenapa aku search pasal cerita orang masuk Islam. Moral of the story is, kita kena sedar yang kadang-kadang kita ni terlampau lemah,banyak mengadu,banyak mengeluh tanpa kita sedar ada lagi INSAN ALLAH yang menghadapi lagi hebat dugaan dan cabaran. Insyaalah, kita boleh berubah lepas ni!!!

Tuesday, April 5, 2011

Ciri-ciri perlembagaan Tanah Melayu

Ciri-ciri perlembagaan Tanah Melayu.

Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlanntik. Menurut Piagam Atlantik, British mengakui hak menentukan nasib sendiri kepada mana-mana jajahannya. Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Perang merancang mewujudkan sistem kesatuan (Union) setelah Jepun diusir daripada Tanah Melayu. Kerajaan British bercadang mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946.
Terdapat beberapa ciri-ciri perlembagaan Malayan Union. Ciri utama Malayan Union ialah Malayan Union merupakan entity politik yang menggabungkan Sembilan buah negeri Melayu,Pulau Pinang,dan Melaka. Singapuran dipisahkan daripada unit pentadbiran Negeri-negeri Selat dan kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota British
.
Pusat pentadbiran Malayan Union adalah di Kuala Lumpur. Kerajaan Malayan Union diketuai oleh gabenor yang mempunyai kuasa penuh dalam hal pentadbiran Malayan Union. Di peringkat pusat, gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan. Kedua-dua majlis ini akan menjadi penasihat kepada Gabenor. Majlis Mesyuarat Kerja bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan Majlis Undangan berfungsi bagi menggubal undang-undang bagi Malayan Union. Gabenor mempunyai kuasa penuh.

Di peringkat negeri pula, terdapat Majlis Mesyuarat Negeri untuk mentadbir kerajaan pentadbiran tempatan. Kuasa tertinggi dipegang oleh Residen Commisioner, Majlis Mesyuarat Negeri diletakkan di bawah kawalan kerajaan pusat.

Cirri seterusnya, kedudukan raja-raja Melayu dikekalkan tetapi kuasa dikurangkan. Raja-raja melayu kekal sebagai “pemerintah atas nama” dengan kuasa mereka terbatas dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Keadaaan ini bermakna raja-raja Melayu tidak mampu untuk melindungi hak dan kepentingan orang Melayu pada masa hadapan.

Perlembagaan Malayan Union memberikan kewarganegaraan kepada semua kaum berdasarkan jus soli. Syarat-syarat kerakyatan amat longgat dalam prinsip jus soli.antara syarat-syarat jus soli ialah sesiapa yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura selepas penubuhan Malayan Uniom diterima sebagai warganegara Malayan Union, orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermaustin di Malayan Union atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942, sesiapa yang dilahirkan di luar Tanah Melayu atau Singapura tetapi bapanya menjadi warganegara Malayan Union dan Sesiapa yang telah bermastautin lima hingga lapan tahun,mempunyai tingkah laku yang baik, fasih berbasa Inggeris dan Melayu, dan mengaku taat setia kepada Malayan Union. Kewarganegaraan memberi hak yang sama kepada orang bukan Melayu.

Kesimpulannya,cirri-ciri Malayan Union adalah untuk memudah pentadbiran kerajaan British di Tanah Melayu. Pemberiaan kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu ialah untuk menarik minat orang bukan Melayu untuk bekerjasaman dengan pihak British. Kuasa-kuasa Raja Melayu akan dikurangkan dan British akan mendapat memerintah Tanah Melayu dengan mutlak.

Pelaksanaan Malayan Union 1946 telah mendapat tentangan daripada penduduk-penduduk Melayu. Huraikan langkah-langkah dan faktor-faktor penentangan.

Pelaksanaan Malayan Union 1946 telah mendapat tentangan daripada penduduk-penduduk Melayu. 
Huraikan langkah-langkah dan faktor-faktor penentangan.

Malayan Union adalah kesatuan yang ingin diwujudkan oleh kerajaan British untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persedian kepada orang Melayu untuk berkerajaan sendiri. Kerajaan British telah bercadang mengiytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946. Tetapi penubuhan Malayan Union telah mendapat tentangan daripada orang Melayu. Terdapat beberapa 
faktor dan langkah semasa penentangan orang Melayu.

Antara beberapa faktor-faktor yang mendorong penentangan orang Melayu. Pertama ialah kedaulatan dan kuasa sultan terancam. Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran di ambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu. Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik and hak keistimewaan. Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang Melayu.

Faktor kedua ialah pemberian taraf kerakyatan. Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli telah menebalkan sentiment kebencian orang Melayu kepada kaum lain.  Syarat kerakyatan yang longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui kesetiaan orang Cina dan orang India. Jika orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu ini menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik orang Melayu akan tergugat. Keadaan ini amat berbahaya untuk kedudukan politik,ekonomi, dan masa hadapan orang Melayu.

Faktor yang ketiga ialah cara Mac Michael medapatkan tandatangan sultan. Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan sultan Melayu dengan paksaan. Beliau mengugut akan melucutkan jawatan sultan kerana telah bersubahat dengan Jepun. Mac Michael tidak member masa dan peluang kepada sultan-sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing. Orang Melayu marah kerana Mac Michael tidak menerangkan kepada sultan-sultan tentang syarat-syarat gagasan Malayan Union secara terperinci sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut. Pemimpin-pemimpin pula marah dan berasa terhina dengan keangkuhan British yang tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu. Mereka menganggap tindakan British sebagai tidak berpelembagaan dan tidak demokratik.

Penentangan telah dilakukan oleh orang Melayu. Penentangan telah dilakukan melalui akhbar oleh pemimpin-pemimpin untuk menyeru bangsa Melayu untuk menubuhkan Barisan Bersatu menentang Malayan Union. Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara dan Utusan Melayu telah memuatkan rencana yang mengingatkan orang Melayu tentang bahaya Malayan Union. Desakan akhbar telah menyebabkan pemimpin pertubuhan bersatu padu dan menyuarakan tentangan terhadap Malayan Union.

Penentangan juga dilakukan dengan tunjuk perasaan. Antara tunjuk perasaan yang telah diadakan ialah pada 15 Disember 1945, satu demontrasi telah diadakan oleh Persatuan Melayu Kelantan semasa kedatangan Mac Michael tiba di istina Sultan Kelanta. Pada 19 Januari, Persatuan Melayu Kedah mengadakan demonstrasi di Alor Setar dan disertai kira-kira 50 000 orang. Pada 1 Februari 1946, Persatuan Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan di Kota Bharu. Pada 10 Februari 1946,satu lagi tunjuk perasaan disertai oleh 15 000 orang Melayu termasuk wanita diadakan di Johor.

Dato’ Onn b. Ja’afar dan Persatuan Melayu Selangor telah berusaha mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar dan beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah, orang Melayu mesti bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu,ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan Malayan Union dan Kongres sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang Malayan Union. Akhir sekali, Kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Unuion dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941.

Berlaku juga penentangan daripada bekas-bekas pegawai-pegawai British seperti Frank Swettenham,George Maxwell,Ronald Bradell,Cecil Clementi dan R.O. Winstedt. Mereka bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila Malayan Union dilaksanakan. Mereka telah menulis dalam akhbar Times menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Malayan Union yang tidak sesuai untuk Tanah Melayu.

Secara keseluruhannya, sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union adalah kerana takut kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu akan lenyap. Oleh  itu, berlakunya penentangan daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin membela nasib orang Melayu. Banyak persatuan-persatuan berjuang bersama. Akhirnya, Malayan Union tidak dilaksanakan dan kerajaan British telah memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan empayar-empayar di Alam Melayu

Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan empayar-empayar di Alam Melayu.

Pengenalan :
Penjelasan konsep empayar.
Empayar Sri Vijaya muncul pada abad ke – 7 hingga 13 masihi berpusat di Palembang , Sumatera.
Empayar Majapahit  berkuasa lebih 200 tahun dari abad ke-13 hingga 14 masihi.
Kebangkitannya selepas kejatuhan Singasari dan kemerosotan Sri Vijaya sebelumnya.
Kerajaan Melaka diasaskan oleh Paremeswara pada abad ke 15 dan menjadi satu empayar yang terunggul di rantau ini semasa Tun Perak menjadi bendaharanya.

Isi :
·         Kekuatan tentera yang terdiri daripada orang laut dalam tentera Sri Vijya dan Melaka. Keadaan ini membolehkan kerajaan-kerajaan ini meluaskan pengaruh dan wilayah meraka.
·         Kedudukan yang strategik iaitu terletak di kawasan pertemuan Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Sunda menyebabkannya menjadi pelabuhan persinggahan bagi pedagang-pedagang dari India, China dan Arab.
·         Peranan dan kebijaksanaan pemerintah seperti Paremeswara, Hayam Wuruk ( Sri Vijaya ) dan Dapunta Hiam ( Sri Vijaya )
·         Perlindungan daripada Negara China yang merupakan kuasa yang terkuat ketika itu  telah menjamin keselamatan Sri Vijaya dan Melaka daripada ancaman musuh. Ini juga telah memantapkan ekonomi negara-negara tersebut.
·         Dasar perluasan kuasa yang diamalkan oleh Negara-negara ini juga  telah menguntungkan kerana membolehkannya memungut cukai dan menerima ufti daripada tanah jajahan.
·         Sri Vijaya juga dapat mengawal aliran keluar hasil-hasil ekonomi dari kawasan tanah jajahannya. Ini bermakna Sri Vijaya dapat mengawal politik dan ekonomi kawasan tanah jajahannya.
·         Kerajaan-kerajaan ini mempunyai pembesar-pembesar yang berkaliber seperti Patih Gajahmada di Majapahit dan Tun Perak di Melaka turut membantu dalam perluasan kuasa.
·         Kerajaan-kerajaan ini juga menjadi pusat penyebaran agama seperti Sri Vijaya untuk agama Buddha dan Melaka untuk agama Islam.

Kesimpulan :
Kemunculan empayar-empayar ini adalah kerana kejatuhan empayar-empayar yang  lain pada masa itu.
Namun setiap empayar telah menyumbangkan kepada pembangunan Negara dan bangsanya.